Mahkamah diberitahu, Jho Low ‘pengarah bayangan’ 1MDB

Muhammad Shafee ketika menyoal balas saksi pendakwaan kesembilan itu, berkata keterangan menunjukkan saksi bertindak atas arahan Jho Low dan tidak memberikan penjelasan kepada Lembaga Pengarah 1MDB. Sumber (gambar): TTF

محكمه دبريتاهو، جهو لوو ءڤڠاره بايڠنء 1مدب

Keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, membayangkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low adalah ‘pengarah bayangan’ syarikat itu dan bukannya Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, ia jelas bertentangan dengan kes dikemukakan pihak pendakwaan selama ini bahawa Najib bertindak sebagai ‘pengarah bayangan’ kepada syarikat pelaburan strategik negara itu.

Kepada soalan berhubung penukaran saham 1MDB kepada nota jaminan Murabahah bagi usaha sama dengan PetroSaudi International, Shahrol Azral berkata, pihaknya tidak mempunyai masa memanggil Mesyuarat Lembaga Pengarah bagi memaklumkan perkara itu.

“Pada masa sama, katanya, Jho Low dan Jasmine tergesa-gesa melaksanakan penukaran nota jaminan itu,” katanya.


KUALA LUMPUR: Keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, membayangkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low adalah ‘pengarah bayangan’ syarikat itu dan bukannya Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, ia jelas bertentangan dengan kes dikemukakan pihak pendakwaan selama ini bahawa Najib bertindak sebagai ‘pengarah bayangan’ kepada syarikat pelaburan strategik negara itu.




Muhammad Shafee ketika menyoal balas saksi pendakwaan kesembilan itu, berkata keterangan menunjukkan saksi bertindak atas arahan Jho Low dan tidak memberikan penjelasan kepada Lembaga Pengarah 1MDB.

Terdahulu, Shahrol Azral ketika menjawab soalan Muhammad Shafee, menjelaskan tidak terbabit dalam proses membuat keputusan berkaitan transaksi pelaburan syarikat, sebaliknya menyerahkan kepada peguam 1MDB, Jasmine Loo dan Jho Low.

“Saya bertindak atas arahan dan pelan tindakan diberi Jho Low kerana percaya arahan diterima datang daripada Najib sendiri dan percaya Jho Low bertindak atas arahan pemegang saham,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik RM2.3 bilion yang dihadapi Najib di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Menjawab soalan Mohammad Shafee sama ada beliau meminta penjelasan daripada Najib mengenai arahan Jho Low berkaitan hal ehwal perjalanan syarikat, saksi itu menjawab, ‘tidak’.

Kepada soalan berhubung penukaran saham 1MDB kepada nota jaminan Murabahah bagi usaha sama dengan PetroSaudi International, Shahrol Azral berkata, pihaknya tidak mempunyai masa memanggil Mesyuarat Lembaga Pengarah bagi memaklumkan perkara itu.

“Pada masa sama, katanya, Jho Low dan Jasmine tergesa-gesa melaksanakan penukaran nota jaminan itu,” katanya.

Loading...

Muhammad Shafee bagaimanapun mencadangkan, alasan utama ia dilaksanakan tergesa-gesa ialah kerana ia perlu dilakukan sebelum tahun kewangan berakhir bagi penstrukturan semula, jika tidak saksi perlu memberikan justifikasi mengenai nilai nota berkenaan.

Ditanya lanjut oleh peguam, siapakah individu di sebalik pelaksanaan penukaran nota jaminan itu, Shahrol Azral menjawab: “Jho Low.”

Saksi bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa ia bukan perancangan Najib, sebaliknya tindakan Jho Low yang memperdayakan Lembaga Pengarah dengan saksi mengetahui perkara itu dan menjadi sebahagian daripada perancangan berkenaan.

Muhammad Shafee: Anda sekarang berpuas hati bahawa ini mekanisme untuk memperdayakan Lembaga Pengarah bagi mempercayai pelaburan mereka masih bagus?

Shahrol Azral: Di sebaliknya, ya.

Muhammad Shafee: Saya cadangkan bahawa jika seluruh Lembaga Pengarah 1MDB dapat diperdayakan, maka perkara yang sama mungkin berlaku kepada Najib. Bolehkah perdana menteri atau menteri kewangan berada dalam kedudukan yang lebih bijak daripada Lembaga Pengarah?

Shahrol Azral: Saya tidak dapat memberi komen kerana saya tidak tahu sama ada perdana menteri atau menteri kewangan mempunyai maklumat pada masa itu.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...