Mahkamah diberitahu, Kabinet tidak pernah bangkitkan isu konflik kepentingan Najib

Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama. Sumber (gambar): TTF

محكمه دبريتاهو، كابينيت تيدق ڤرنه بڠكيتكن ايسو كونفليك كڤنتيڠن نجيب

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu Kabinet tidak pernah membangkitkan isu mengenai konflik kepentingan Datuk Seri Najib Razak dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Kod Etika Bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen adalah menjadi amalan ahli Kabinet untuk mengisytiharkan konflik kepentingan sekiranya mempunyai pembabitan di dalam hal yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Di dalam 1MDB, Najib memegang tiga jawatan iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Pengerusi Badan Penasihat 1MDB

Menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, sama ada terdapat ahli Kabinet yang membangkitkan isu bahawa Menteri Kewangan tidak seharusnya membabitkan diri dalam perbincangan itu kerana konflik kepentingan, Maziah menjawab: “Tiada.”


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu Kabinet tidak pernah membangkitkan isu mengenai konflik kepentingan Datuk Seri Najib Razak dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Kod Etika Bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen adalah menjadi amalan ahli Kabinet untuk mengisytiharkan konflik kepentingan sekiranya mempunyai pembabitan di dalam hal yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.




Perkara itu dimaklumkan bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Bahagian Kabinet Perlembagaan dan Perhubungan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Mazidah Abdul Majid, dalam keterangannya pada perbicaraan kes 1MDB yang dihadapi Najib.

Kod etika itu antara lain turut menyatakan bahawa ahli Kabinet yang mempunyai kepentingan peribadi dan bercanggah dengan kepentingan kerajaan, atau membabitkan ahli keluarga, perlu meninggalkan mesyuarat dan merekodkan ketidakhadiran mereka.

Di dalam 1MDB, Najib memegang tiga jawatan iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Pengerusi Badan Penasihat 1MDB

Menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, sama ada terdapat ahli Kabinet yang membangkitkan isu bahawa Menteri Kewangan tidak seharusnya membabitkan diri dalam perbincangan itu kerana konflik kepentingan, Maziah menjawab: “Tiada.”

Muhammad Shafee: Ada sesiapa yang membangkitkan perkara berhubung hal 1MBD dengan Najib?

Maziah: Tidak

Muhammad Shafee: Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah adalah bekas Menteri Kewangan II. Mereka juga tidak pernah membangkitkan hal konflik kepentingan?

Loading...

Mazidah: Ya, tidak pernah.

Sementara itu, menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib sama ada beliau mengetahui bahawa Najib mempunyai kepentingan peribadi dalam 1MDB, Mazidah berkata: “Tidak”

Ahmad Akram: Adakah anda mengetahui bahawa Najib secara peribadi menerima duit daripada 1MDB?

Maziah: Tidak

Ahmad Akram: Sekiranya Najib secara peribadi menerima wang daripada 1MDB adakah itu konflik kepentingan dan melanggar Kod Etika Bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen.

Maziah: Menurut pandangan peribadi saya, ya, namun kerana ia membabitkan menteri dan perdana menteri, saya cadangkan untuk dapatkan pandangan Peguam Negara.

Terdahulu, di awal prosiding, Maziah turut memberitahu mahkamah bahawa Najib tidak pernah menyebut nama ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low pada mesyuarat Kabinet sebagai individu yang membantu beliau mendapatkan sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi.

“Sekiranya perkara itu dimaklumkan kepada Kabinet, maka, ia akan dicatat dalam minit mesyuarat,” katanya.

Tambah Maziah, beliau hanya mendengar dan mengetahui mengenai nama Jho Low selepas timbul isu membabitkan 1MDB.

Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...