
محكمه دبريتاهو، نجيب اره زاهيد تروسكن كونترك شريكت ڤڠوروسن ۏيس سباڽق دوا كالي
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebanyak dua kali untuk meneruskan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai Operator Tunggal Pengurusan Visa ke Malaysia di China.
Bekas Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN), Azman Azra Abdul Rahman, 43, berkata Pengarah Urusan UKSB, Fadzil Ahmad ada menghantar surat kepada Najib sebanyak dua kali, iaitu masing-masing pada 23 Mei 2013 dan 20 Januari 2014.
Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat beberapa kelemahan operasi SSPV, menyebabkan KDN bersama Jabatan Imigresen melahirkan spesifikasi dan integrasi lebih inovatif untuk menambah baik sistem menjadi satu sistem permohonan visa lengkap digunakan semua pejabat Atase Imigresen dikenali sebagai Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Sementara itu, ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, saksi pertama pendakwaan, Penolong Pendaftar Syarikat dan Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhamad Akmaludin Abdullah, 38, bersetuju maklumat tercatat pada sijil SSM tidak semestinya mencerminkan kewangan sebenar UKSB.
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebanyak dua kali untuk meneruskan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai Operator Tunggal Pengurusan Visa ke Malaysia di China.
Bekas Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN), Azman Azra Abdul Rahman, 43, berkata Pengarah Urusan UKSB, Fadzil Ahmad ada menghantar surat kepada Najib sebanyak dua kali, iaitu masing-masing pada 23 Mei 2013 dan 20 Januari 2014.
Katanya, dalam dua surat berkenaan, UKSB memohon pertimbangan dan sokongan berterusan kerajaan untuk mengekalkan syarikat itu sebagai Operator Tunggal Pengurusan Visa ke Malaysia di China sejajar polisi kerajaan, Satu Negara Satu Operator One Stop Centre (OSC).
“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahmad Zahid mengambil alih jawatan Menteri Dalam Negeri daripada Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada 16 Mei 2013.
“Susulan surat itu, Najib membuat minit secara bertulis mencatatkan “YB Datuk Seri Zahid, Sila Bantu Dalam Hal ini. Kontrak ini perlu diteruskan,” katanya.
Ketika disoal peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid adakah minit diterima daripada Najib ketika itu berbentuk arahan, Azman Azra menjawab, ‘Ya’.
Terdahulu, saksi kedua pendakwaan itu berkata, operasi Sistem Pengurusan Permohonan Visa (SPPV) OSC di China berjaya mengurangkan beban kerja pegawai Pejabat Perwakilan Malaysia dan mengekalkan kelancaran perkhidmatan visa.
Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat beberapa kelemahan operasi SSPV, menyebabkan KDN bersama Jabatan Imigresen melahirkan spesifikasi dan integrasi lebih inovatif untuk menambah baik sistem menjadi satu sistem permohonan visa lengkap digunakan semua pejabat Atase Imigresen dikenali sebagai Sistem Visa Luar Negara (VLN).
“Semua pejabat atase di China bersetuju SPPV dibangunkan syarikat UKSB diteruskan dan semua permohonan visa biasa disalurkan kepada SPPV OSC.
“Berdasarkan ulasan dan maklum balas diterima, kerajaan dicadang menetapkan dasar Satu Negara 1OSC iaitu hanya satu pengendali pusat sehenti pengurusan visa Malaysia bagi setiap negara menggunakan khidmat pusat sehenti,” katanya.
Azman Azra berkata, perkara itu dipersetujui dan ditandatangani Menteri Dalam Negeri (Hishamuddin) pada 8 Ogos 2012.
Sementara itu, ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, saksi pertama pendakwaan, Penolong Pendaftar Syarikat dan Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhamad Akmaludin Abdullah, 38, bersetuju maklumat tercatat pada sijil SSM tidak semestinya mencerminkan kewangan sebenar UKSB.
Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan S$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya iaitu Menteri Dalam Negeri ketika itu, melanjutkan kontrak syarikat terbabit sebagai pengendali perkhidmatan OSC di China dan VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 hingga Mac 2018 mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama iaitu penjara maksimum hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai S$1,150,000; RM3,000,000; Euro15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Country Heights antara Jun 2015 hingga Oktober 2017 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung Khamis ini.
Sumber:
WAJIB BACA:
