
محكمه مندڠر، نجيب دبريتاهو اس$700 جوت دلنچوڠ ك شريكت لاين تاڤي تيدق اينده ايس عيم ايس يڠ ممعلومكنڽ
Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak membalas satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memaklumkan bekas Perdana Menteri itu mengenai AS$700 juta yang pada asalnya untuk satu usaha sama antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Petrosaudi International (PSI), telah dilencongkan ke satu syarikat lain.
Bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh, 67, berkata beliau telah menghantar satu SMS kepada Najib menerusi telefon pintar BlackBerry, selepas Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 26 September 2009 untuk memaklumkan mengenai lencongan dana AS$700 juta ke Good Star Ltd, syarikat yang didakwa firma gabungan PSI, namun tidak mendapat balasan daripada Najib.
Ketika ditanya Sri Ram, Mohd Bakke mengesahkan beliau ditemu bual oleh Ketua Audit Negara pada Jun 2015 dan beliau menjelaskan kronologi sejak beliau dilantik sebagai seorang pengarah dalam Terengganu Investment Authority (TIA yang kemudian menjadi 1MDB) dan pelantikan semula beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak membalas satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memaklumkan bekas Perdana Menteri itu mengenai AS$700 juta yang pada asalnya untuk satu usaha sama antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Petrosaudi International (PSI), telah dilencongkan ke satu syarikat lain.
Bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh, 67, berkata beliau telah menghantar satu SMS kepada Najib menerusi telefon pintar BlackBerry, selepas Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 26 September 2009 untuk memaklumkan mengenai lencongan dana AS$700 juta ke Good Star Ltd, syarikat yang didakwa firma gabungan PSI, namun tidak mendapat balasan daripada Najib.b
“Ini bukannya satu respons normal atau reaksi daripada Datuk Seri Najib. Pada masa lalu, apapun yang saya hantar kepada beliau, akan dibalas,” katanya.
Mohd Bakke berkata demikian dalam pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, pada perbicaraan Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, atas dakwaan meminda laporan audit akhir 1MDB.
“Ketika itu, kami tidak tahu ia adalah Good Star. Ini bukan arahan diberikan kepada pengurusan 1MDB dan kami (Lembaga Pengarah) mempertikaikan bagaimana lencongan itu berlaku.
“Shahrol (bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi) berkata pengurusan telah dinasihatkan oleh peguam luar untuk melakukan ini (lencongan) bagi tujuan komersial,” katanya.
Saksi ke-13 pendakwaan itu berkata, berikutan langkah diambil pengurusan 1MDB itu, beliau mengambil keputusan berundur daripada syarikat pelaburan strategik berkenaan dan meletak jawatan pada 19 Oktober 2009.
“Apabila saya mendapati pengurusan tidak mematuhi arahan Lembaga Pengarah, saya mengesyaki sesuatu kerana pengurusan 1MDB melakukan sesuatu yang tidak selari dengan tadbir urus yang baik.
“Terus saya melihat pengurusan dengan kesangsian. Saya tidak gembira, saya marah. Saya beritahu rakan Lembaga Pengarah bahawa kami semua patut meletak jawatan. Kami (Lembaga Pengarah) malah memberitahu pengurusan supaya mendapatkan balik AS$700 juta itu dan mengambilnya menerusi proses yang sepatutnya,” katanya.
Ketika ditanya Sri Ram, Mohd Bakke mengesahkan beliau ditemu bual oleh Ketua Audit Negara pada Jun 2015 dan beliau menjelaskan kronologi sejak beliau dilantik sebagai seorang pengarah dalam Terengganu Investment Authority (TIA yang kemudian menjadi 1MDB) dan pelantikan semula beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
“Saya juga memberikan Jabatan Audit Negara salinan set minit mesyuarat saya untuk dua mesyuarat 1MDB yang saya hadir pada 26 September dan 3 Oktober 2009,” katanya.
Mohd Bakke juga mengesahkan minit mesyuarat yang diserahkan kepada Jabatan Audit menunjukkan Jho Low hadir ketika mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 26 September 2009.
Perbicaraan bersambung di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan pada 7 Mac tahun depan.
Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Arul Kanda dituduh bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan bagi mengelakkan Ahli Parlimen Pekan itu dikenakan tindakan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – B
Good Star Ltd kemudian didapati merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
Mohd Bakke berkata, Lembaga Pengarah naik berang apabila isu lencongan dana itu dibangkitkan ketika Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 26 September 2009 kerana ia tidak mengikut arahan diberikan oleh Lembaga Pengarah.
Sumber:
WAJIB BACA:
BANJIR 2021: SAYA TERKEJUT DENGAN PENDEDAHAN MB SELANGOR, TAK SANGKA PM BOLEH ‘LEPAS TANGAN’
