
Datin Seri Rosmah Mansor membeli barang kemas bernilai 763,500 Euro (RM3.3 juta) daripada butik De Grisogono di Itali, menggunakan kad kredit suaminya, Datuk Seri Najib Razak.
Najib ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram, ketika membela diri terhadap tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd, berkata isterinya menggunakan kad kredit miliknya bagi pembelian itu.
Sithambaram mencadangkan kepada Najib bahawa barang kemas terbabit bukan hadiah kepada isteri Sheikh Ahmed Jassim.
Beliau turut mencadangkan bahawa nota terima kasih yang dihantar kepada Rosmah di atas pemberian barang kemas itu hanya dibuat selepas itu bagi menjelaskan pembelian berkenaan.
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor membeli barang kemas bernilai 763,500 Euro (RM3.3 juta) daripada butik De Grisogono di Itali, menggunakan kad kredit suaminya, Datuk Seri Najib Razak.
Najib dalam keterangan sebelum ini, berkata transaksi kad kredit berjumlah RM3,282,734.16 di De Grisogono, Sardinia, Itali pada 8 Ogos 2014 adalah hadiah untuk isteri bekas Perdana Menteri Qatar, Sheikh Ahmed Jassim Al Thani iaitu ahli perniagaan berketurunan kerabat Al Thani.
Najib ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram, ketika membela diri terhadap tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd, berkata isterinya menggunakan kad kredit miliknya bagi pembelian itu.
Sithambaram kemudian menjawab, “Ya, hanya wanita tahu apa yang disukai oleh wanita,” katanya sambil ketawa.
Sithambaram yang merujuk kepada penyata bank Najib bertarikh September 2014, berkata dokumen itu menunjukkan terdapat 10 item pembelian barangan kemas di butik dan bukannya satu seperti didakwa.
Najib menjawab; “Nampaknya ia macam satu set barangan kemas… Saya akan tanya isteri saya sebab dia yang buat pembelian itu.”
Sithambaram kemudian mencadangkan kepada Najib bahawa barang kemas terbabit bukan hadiah kepada isteri Sheikh Ahmed Jassim.
Beliau turut mencadangkan bahawa nota terima kasih yang dihantar kepada Rosmah di atas pemberian barang kemas itu hanya dibuat selepas itu bagi menjelaskan pembelian berkenaan.
Najib dalam keterangan beliau sebelum ini berkata, apabila beliau dan isteri pulang ke Malaysia, Noor Abdulaziz (isteri Sheikh Ahmed Jassem) menghantar nota terima kasih kepada isterinya.
Sithambaram turut mencadangkan bahawa jumlah keseluruhan pembelian melebihi had kad kreditnya iaitu RM3 juta.
Najib bagaimanapun tidak bersetuju dengan semua cadangan Sithambaram.
Sithambaram: Adakah kamu setuju ia hadiah yang mewah?
Najib: Ya
Sithambaram: Ini adalah perbelanjaan peribadi…Ia bukan program tanggungjawab sosial korporat yang kamu beritahu.
Najib: Jika kamu bandingkan jumlah wang yang saya gunakan untuk CSR, ini hanya sebahagian kecil
Tamat…
Sumber:
