
محكمه تيڠڬي بيبسكن شافياي عبدالله تودوهن اوبه واڠ حرام رم9.5 جوت
Mahkamah Tinggi membebaskan Shafee Abdullah daripada tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Najib Razak, dan membuat deklarasi palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Hakim Jamil Hussin berkata, pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Shafee.
Pada 13 Sept 2018, Shafee mengaku tidak bersalah menerima hasil aktiviti haram menerusi cek dikeluarkan Najib, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank Berhad milik Shafee.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membebaskan Mohamed Shafee Abdullah daripada tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Najib Razak, dan membuat deklarasi palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Hakim Jamil Hussin berkata, pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Shafee.
Pada 13 Sept 2018, Shafee mengaku tidak bersalah menerima hasil aktiviti haram menerusi cek dikeluarkan Najib, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank Berhad milik Shafee.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Dia didakwa menerima cek RM4.3 juta pada 13 Sept 2013, dan RM5.2 juta pada 17 Feb 2014.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Bhd, Taman Tunku, Bukit Tunku, di sini.
Shafee turut didakwa atas dua tuduhan terlibat dengan transaksi hasil aktiviti haram, iaitu mengemukakan penyata cukai tidak benar bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2013, dan 31 Dis 2014.
Dia didakwa tidak memasukkan pendapatan RM4.3 juta diterima pada 13 Sept 2013, dan RM5.2 juta diterima pada 17 Feb 2014, dalam pulangan cukainya.
Wang itu diterima menerusi dua akaun AmIslamic Bank Berhad milik Najib, dan dimasukkan ke dua akaun CIMB Bank Berhad milik Shafee.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di cawangan LHDN Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pada 3 Mac 2015, dan 29 Jun 2015.
Sumber:
