Mahkamah Tinggi benarkan kerajaan rampas RM600,000 dari Riza Aziz

Keputusan hari ini membenarkan kerajaan melucut hak RM537,000, Pound Sterling 2,700 dan Rupee Sri Lanka 2,870,000 yang dirampas dalam serbuan pada 17 Mei 2018. Sumber (gambar): Fail TTF

محكمه تيڠڬي بنركن كراجأن رامڤاس رم600،000 دري ريز عزيز

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran untuk kerajaan melucut hak kira-kira RM600,000 daripada anak tiri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz.

Menurut laporan, kebenaran tersebut sebahagian daripada penyelesaian yang dicapai dalam kes Riza melibatkan pengubahan wang haram sebanyqak AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khamis lalu, Riza dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana AS$248 juta (RM1.25 bilion) itu.

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata jumlah wang yang dikembalikan itu merupakan antara persetujuan yang dicapai antara pihak pendakwaan dan tertuduh.


PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran untuk kerajaan melucut hak kira-kira RM600,000 daripada anak tiri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz.

Menurut laporan, kebenaran tersebut sebahagian daripada penyelesaian yang dicapai dalam kes Riza melibatkan pengubahan wang haram sebanyqak AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).




Hakim Mohamed Zaini Mazlan dikatakan telah membenarkan kerajaan menyita wang tunai dalam pelbagai mata wang yang sebelum ini dirampas di rumah Riza, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Najib.

Menurut laporan itu lagi, keputusan hari ini membenarkan kerajaan melucut hak RM537,000, Pound Sterling 2,700 dan Rupee Sri Lanka 2,870,000 yang dirampas dalam serbuan pada 17 Mei 2018.

Khamis lalu, Riza dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana AS$248 juta (RM1.25 bilion) itu.

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata jumlah wang yang dikembalikan itu merupakan antara persetujuan yang dicapai antara pihak pendakwaan dan tertuduh.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) dimaklumkan bahawa ia merupakan pelepasan bersyarat yang mana pihak pendakwaan berhak untuk mengembalikan pertuduhan dan mendakwa tertuduh sekiranya tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan yang dicapai.

“Dalam persetujuan ini juga, tertuduh dikehendaki membayar sejumlah kompaun kepada kerajaan sebagaimana  dibenarkan  di  bawah  Seksyen  92  Akta  Pencegahan  Wang  Haram,  Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan  Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang mana ini adalah bersifat punitif sebagai alternatif kepada pertuduhan-pertuduhan yang telah dikenakan ke atasnya,” kata kenyataan tersebut.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...