Mahkamah Yaman jatuhkan hukuman mati terhadap empat wartawan

Wartawan terbabit ialah Abdelkhaleq Omran, Akram Al Walidi, Harith Hamid dan Tawfiq Al Mansouri. Sumber (gambar): Arab News

محكمه يامن جاتوهكن حكومن ماتي ترهادڤ امڤت ورتاون

Sebuah mahkamah bawah pemberontak Huthi di Yaman, semalam menjatuhkan hukuman mati terhadap empat wartawan atas pertuduhan khianat dan mengintip, kata seorang pegawai kehakiman.

Pegawai enggan dikenali itu memberitahu AFP, mahkamah terletak di ibu kota tawanan Huthi ini ‘menjatuhkan hukuman mati terhadap empat wartawan atas pertuduhan khianat dan mengintip untuk negara asing’.

Huthi yang disokong Iran, merampas Sanaa daripada tentera kerajaan pada 2014, sekali gus mendorong campur tangan gabungan tentera diketuai Arab Saudi pada tahun berikutnya.

Peperangan berterusan itu telah mengorbankan puluhan ribu nyawa, selain menyebabkan negara termiskin dalam dunia Arab ini berdepan bencana kemanusiaan disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai yang terburuk di dunia.


SANAA: Sebuah mahkamah bawah pemberontak Huthi di Yaman, semalam menjatuhkan hukuman mati terhadap empat wartawan atas pertuduhan khianat dan mengintip, kata seorang pegawai kehakiman.

Pegawai enggan dikenali itu memberitahu AFP, mahkamah terletak di ibu kota tawanan Huthi ini ‘menjatuhkan hukuman mati terhadap empat wartawan atas pertuduhan khianat dan mengintip untuk negara asing’.




Kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa bagaimanapun mengutuk keputusan mahkamah itu.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya hukuman mati tidak sah dalam perbicaraan yang gagal mencapai standard minimum keadilan dan integriti itu,” kata Menteri Informasi, Moammar Al-Eryani, menerusi Twitter.

Beliau memaklumkan, wartawan terbabit ialah Abdelkhaleq Omran, Akram Al Walidi, Harith Hamid dan Tawfiq Al Mansouri.

Huthi yang disokong Iran, merampas Sanaa daripada tentera kerajaan pada 2014, sekali gus mendorong campur tangan gabungan tentera diketuai Arab Saudi pada tahun berikutnya.

Peperangan berterusan itu telah mengorbankan puluhan ribu nyawa, selain menyebabkan negara termiskin dalam dunia Arab ini berdepan bencana kemanusiaan disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai yang terburuk di dunia.

Amnesty International mendakwa, Huthi telah meletakkan 10 wartawan dalam tahanan sejak 2015.

Dalam satu laporan, bulan lalu, ia turut mengkritik Mahkamah Jenayah Khas bawah pemberontak terbabit yang menjatuhkan hukuman semalam.

Loading...

Sambil menamakan empat wartawan dijatuhi hukuman itu bersama enam yang lain, Amnesty menegaskan, mereka telah ‘didakwa atas pertuduhan mengintip yang palsu kerana melaksanakan hak mereka secara aman untuk kebebasan bersuara’.

“Wartawan, pembela hak asasi manusia, musuh politik serta ahli minoriti agama ialah antara yang dikenakan perbicaraan tidak adil atas pertuduhan palsu atau rekaan oleh mahkamah ini,” katanya.

Katanya, pertuduhan mengintip membawa hukuman mati mandatori bawah undang-undang Yaman.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...