Mahkhamah diberitahu, draf cadangan penubuhan TIA dibentangkan Jho Low

Sepanjang tempoh perjalanan kes 1MDB, TTF akan menerbitkan keterangan-keterangan utama saksi-saksi kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan. Sumber (gambar): TTF

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jhow atau lebih dikenali dengan nama Jho Low, terbabit pada peringkat awal penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dengan membentangkan draf cadangan.

Perkara itu diberitahu bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin ketika beliau dikemukakan dengan Minit Mesyuarat Kabinet bertarikh 19 Disember 2008.

Amhari Efendi berkata, TIA yang kemudiannya menjadi 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) adalah ‘baby’ untuk Najib.

Muhammad Shafee bagaimanapun mencadangkan kepada saksi bahawa 1MDB bukan ‘baby’ Najib kerana idea itu sudah diketahui seluruh negara sejak tahun 2008 lagi.


KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jhow atau lebih dikenali dengan nama Jho Low, menunjukkan minat dengan idea penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sejak ia dicadangkan pada tahun 2008.

Malah, ahli perniagaan itu yang kini tidak diketahui lokasinya berada, terbabit pada peringkat awal penubuhan syarikat itu dengan membentangkan draf cadangan.

Perkara itu diberitahu bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin ketika beliau dikemukakan dengan Minit Mesyuarat Kabinet bertarikh 19 Disember 2008.


Ketika dikemukakan dokumen berkenaan, saksi kelapan pendakwaan itu disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib.

Melalui Minit Mesyuarat itu, Muhammad Shafee menyatakan pada mesyuarat terbabit, Kabinet mengesahkan cadangan (penubuhan TIA) yang dibuat dalam mesyuarat lalu.

Muhammad Shafe juga menyatakan, Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu menunjukkan saksi menghadiri mesyuarat sebagai sekretariat.

Menjawab cadangan Muhammad Shafee, Amhari Efendi berkata, beliau hadir mesyuarat berkenaan (berdasarkan kepada Minit Mesyuarat), tetapi tidak dapat mengingati sama ada mencatat minit mesyuarat.

Muhammad Shafee seterusnya mencadangkan TIA dimandatkan pada Februari 2009 dan draf cadangan dibentangkan Jho Low yang menunjukkan minat terhadap cadangan berkenaan.

Peguam itu turut mencadangkan TIA adalah projek Sultan Terengganu iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin yang ketika itu Yang di-Pertuan Agong.

Menjawab cadangan peguam itu, Amhari Efendi berkata, beliau mengetahui Jho Low terbabit pada peringkat awal (cadangan penubuhan TIA), namun tidak tahu sama ada ia adalah idea Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sementara itu, Amhari Efendi berkata, TIA yang kemudiannya menjadi 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) adalah ‘baby’ untuk bekas perdana menteri itu.

Beliau berkata, ‘baby’ dalam konteks itu adalah sesuatu yang penting, dilahirkan dan diinspirasikan seperti projek 1MDB.

“Ketika itu, Najib dikatakan bakal perdana menteri dan ‘baby’ bermakna sesuatu yang beliau mahu bawa ketika menjadi perdana menteri nanti.

“Bagi saya ‘baby’ untuk konteks ini tertumpu kepada perkara yang rapat dengannya (Najib) seperti 1MDB atau dasar… sesuatu yang penting,” katanya.

Muhammad Shafee bagaimanapun mencadangkan kepada saksi bahawa 1MDB bukan ‘baby’ Najib kerana idea itu sudah diketahui seluruh negara sejak tahun 2008 lagi.

Bagaimanapun, Amhari Efendi tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee.

Sumber:


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...