Mahkhamah membenarkan penangguhan hukuman penjara setahun terhadap Wan Ji

Wan Ji, 37, dihukum penjara setahun bermula tiga hari lalu, atas kesalahan menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu. Sumber (gambar): FMT

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan penangguhan hukuman penjara setahun terhadap penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan beberapa alasan yang dikemukakan peguam mewakili Wan Ji, Mohd Radzlan Jalaludin dan Ariff Azami Hussein.

Wan Ji, didakwa pada 10 September 2014, menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook (FB) dengan nama wanji.attaaduddi.


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan penangguhan hukuman penjara setahun terhadap penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin.

Wan Ji, 37, dihukum penjara setahun bermula tiga hari lalu, atas kesalahan menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.




Penangguhan perlaksanaan hukuman itu berkuatkuasa hari ini sehingga proses rayuan di Mahkamah Rayuan selesai.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan beberapa alasan yang dikemukakan peguam mewakili Wan Ji, Mohd Radzlan Jalaludin dan Ariff Azami Hussein.

Dalam prosiding itu, Abdul Halim turut menetapkan syarat tambahan kepada Wan Ji iaitu perlu mendapatkan kebenaran mahkamah untuk ke luar negara, selain meneruskan syarat yang sudah ditetapkan di Mahkamah Sesyen sebelum ini, iaitu membayar wang jaminan sebanyak RM5,000 dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sementara itu, Mohd Radzlan ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya memgemukakan 18 alasan kepada pihak mahkamah.

“Antara alasan yang dikemukakan adalah Wan Ji sebagai penanggung tunggal keluarga dan perlu memastikan kebajikan anak terjamin.

“Banyak alasan lebih kepada kebajikan anak Wan Ji kerana tempoh masa penjara adalah setahun. Dalam tempoh menunggu proses rayuan, adalah wajar Wan Ji dibebaskan buat sementara waktu.

“Namun, penangguhan ini tidak sesekali memprejudiskan kedudukan kes ini,” katanya.

Loading...

Wan Ji, didakwa pada 10 September 2014, menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook (FB) dengan nama wanji.attaaduddi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, pada 10 pagi, 5 November 2012.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Untuk kesalahan kedua dan seterusnya, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...