Mahu lelong Equanimity, kenyataan macam badut

Lim Guan Eng didakwa sengaja cuba mengalih perhatian rakyat supaya tertumpu kepada kapal mewah, Equanimity yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad.

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku, Raggie Jessey berkata, dengan berbuat demikian, Menteri Kewangan dikatakan cuba menutup isu sebenar melibatkan dirinya dengan Kerajaan China.

Katanya, Guan Eng cuba mengalih perhatian media dan rakyat daripada sebab sebenar dia tidak pergi ke China seperti dinyatakan oleh Tun Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Dia (Guan Eng) tidak boleh pergi ke China sebab kerajaan kuasa besar Asia itu melarang pemimpin DAP itu daripada memasuki negara itu,” katanya.

PETALING JAYA: Lim Guan Eng didakwa sengaja cuba mengalih perhatian rakyat supaya tertumpu kepada kapal mewah, Equanimity yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad.

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku, Raggie Jessy berkata, dengan berbuat demikian, Menteri Kewangan dikatakan cuba menutup isu sebenar melibatkan dirinya dengan Kerajaan China.

Katanya, agak kelakar kenyataan Guan Eng kononnya mahu melelong kapal mewah kerana Equanimity didakwa dibeli menggunakan dana tersebut.

“Guan Eng sebenarnya seperti badut sarkas kononnya mahu lelong kapal mewah itu.

“Dia sepatutnya menyiasat secara sah nilai sebenar kapal itu dan membuktikan sama ada ia dibeli menggunakan hasil dana 1MDB atau macam mana.

“Guan Eng tahu kapal itu tidak boleh dilelong tapi dia bercakap demikian untuk mengkaburi mata dari isu lain kepada isu kapal ini,” katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya hari ini.

Katanya, Guan Eng cuba mengalih perhatian media dan rakyat daripada sebab sebenar dia tidak pergi ke China seperti dinyatakan oleh Tun Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Dia (Guan Eng) tidak boleh pergi ke China sebab kerajaan kuasa besar Asia itu melarang pemimpin DAP itu daripada memasuki negara itu,” katanya.

Raggie mendakwa mempunyai maklumat sahih yang menyatakan China sebenarnya sudah kecewa dengan kerajaan, selain kegagalan rundingan yang diadakan bersama Tun Daim Zainuddin.

“China sudah mengarahkan untuk mengurangkan pengimportan minyak sawit dari negara kita dan dia memfokus kepada sawit Indonesia..kenapa hal ini Guan Eng tidak mahu ceritakan..sebab itu dia buka cerita lelong kapal mewah itu,” tegasnya.

Selain itu, Raggie juga mendakwa Kerajaan China juga secara drastik membekukan sarang burung dan buah durian, juga  beberapa projek insfrastruktur.

India juga dikatakan tidak berpuas hati dengan Malaysia dalam isu Zakir Naik yang sangat dikehendaki oleh Cawangan Jenayah Pusat India (CBI) negara itu, katanya.

Sumber: Malaysian Gazette

Comments

Comments