Majlis Peguam: Rakaman audio Najib, Rosmah tidak harus didedahkan, perlu disiasat

Presiden Majlis Peguam, Abdul Fareed Abdul Gafoor. Sumber (gambar): Malaysiakini

مجليس ڤڬوام: رقمن اءوديو تيدق سهاروسڽ دددهكن، ڤرلو دسياسات

Rakaman audio membabitkan individu kenamaan termasuk perbualan antara Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor perlu terus diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan.

Presiden Majlis Peguam, Abdul Fareed Abdul Gafoor, berkata ia tidak sepatutnya didedahkan kepada orang awam kerana pendedahan kes membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC) itu dilihat sebagai subjudis, menghina mahkamah dan melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Semalam, SPRM mendedahkan nama 20 individu yang perbualan mereka dirakam, sama ada terbabit dalam perbualan atau disebut dalam rakaman berkisar mengenai skandal 1MDB dan SRC.

Senarai itu termasuk beberapa tokoh asing, diperoleh daripada sembilan set rakaman perbualan berdurasi keseluruhan 45 minit yang diperdengarkan SPRM pada satu sidang media.


KUALA LUMPUR: Rakaman audio membabitkan individu kenamaan termasuk perbualan antara Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor perlu terus diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan.

Presiden Majlis Peguam, Abdul Fareed Abdul Gafoor, berkata ia tidak sepatutnya didedahkan kepada orang awam kerana pendedahan kes membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC) itu dilihat sebagai subjudis, menghina mahkamah dan melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.




“Media turut melaporkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Latheefa Koya) sudah mengesahkan kesahihan audio itu, yang dilihat sepatutnya ia menjadi peranan mahkamah untuk berbuat demikian jika kes itu didakwa di mahkamah.

“Majlis Peguam menggesa siasatan menyeluruh dijalankan susulan pendedahan yang dilakukan secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan kepentingan awam.

“Kedaulatan undang-undang akan terus dihormati apabila prinsip akauntabiliti, ketelusan, tadbir urus dan kepentingan orang awam dijaga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Fareed berkata pihaknya terkejut dengan pendedahan audio itu yang disifatkan SPRM sebagai penyalahgunaan kuasa yang serius, konspirasi jenayah, menjejaskan aspek keselamatan negara dan menghalang keadilan.

“Majlis Peguam terkejut membaca laporan media yang merumuskan audio itu sebagai konspirasi politik di peringkat tertinggi.

“Pendedahan SPRM itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan tidak wajar, ia turut menyebabkan kes itu ‘diadili’ oleh media dahulu sebelum siasatan dijalankan,” katanya.

Awal hari ini, Latheefa berkata SPRM sudah menyerahkan sebahagian daripada rakaman audio itu kepada polis untuk tindakan lanjut.

Loading...

Semalam, SPRM mendedahkan nama 20 individu yang perbualan mereka dirakam, sama ada terbabit dalam perbualan atau disebut dalam rakaman berkisar mengenai skandal 1MDB dan SRC.

Senarai itu termasuk beberapa tokoh asing, diperoleh daripada sembilan set rakaman perbualan berdurasi keseluruhan 45 minit yang diperdengarkan SPRM pada satu sidang media.

Semua rakaman percakapan yang didedahkan itu berlaku antara 5 Januari hingga 29 Julai 2016, diperoleh SPRM pada awal tahun ini daripada entiti yang tidak didedahkan dan agensi antirasuah itu yakin rakaman terbabit adalah tulen.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...