Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM selesai mesyuarat

Mesyuarat MPT PPBM berlangsung di sebuah hotel bagi membincangkan mengenai hubungan parti itu dengan UMNO. Sumber (gambar): Fail TTF

مجليس ڤيمڤينن ترتيڠڬي ڤڤبم سلساي مشوارت

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini. 

Muhyiddin yang ditemui sekadar berkata, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. 

Yang turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Naib Presiden, Datuk Seri Ronald Kiandee; Datuk Radzi Jidin serta Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Hadir sama, Ketua Penerangan, Datuk Wan Saiful Wan Jan; Ketua ARMADA, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad dan Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun.


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini.

Muhyiddin yang ditemui sekadar berkata, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.




“Kenyataan akan dikeluarkan Setiausaha Agung sebentar lagi,” katanya sebelum meninggalkan lokasi mesyuarat.

Mesyuarat itu yang berlangsung di sebuah hotel di sini adalah bagi membincangkan mengenai hubungan parti itu dengan UMNO yang juga rakan kerjasamanya dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ia susulan surat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai keputusan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk tidak bekerjasama dengan PPBM dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Yang turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Naib Presiden, Datuk Seri Ronald Kiandee; Datuk Radzi Jidin serta Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Hadir sama, Ketua Penerangan, Datuk Wan Saiful Wan Jan; Ketua ARMADA, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad dan Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...