Majlis Raja-Raja Melayu wajar bersidang segera perhalusi surat Azalina sebelum negara parah

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

مجليس راج-راج ملايو واجر برسيدڠ سڬرا ڤرهالوسي سورت ازلينا سبلوم نڬارا ڤاره

Surat yang diutuskan oleh Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat kepada Peguam Negara amat menggembirakan keseluruhan rakyat Malaysia yang menjunjung tinggi sistem demokrasi berparlimen.

Apa jua yang kita perkatakan mengenai wakil rakyat Pengerang ini, sesungguhnya YB Dato Seri Azalina Othman Said berhak menerima pujian serta sanjungan dari keseluruhan rakyat Malaysia.

Sekiranya Timbalan Speaker Dewan Rakyat sendiri membantah dan mempertikaikan penggantungan persidangan Dewan Rakyat dari bersidang, ianya memberi kesan yang amat mendalam pada lanskap politik tanah air.




Seluruh dunia sedang mentertawakan sistem politik berteraskan demokrasi berparlimen di negara kita pada hari ini malahan 90 ahli-ahli parlimen dari tujuh negara-negara ASEAN telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap apa yang sedang berlaku di tanah air yang tercinta ini.

Dulu negara kita dipuji dari segenap segi tetapi kini tanahair kita dicemuh dalam pelbagai segi bukan saja dari rakyat tempatan malahan menerima bantahan hebat juga dari negara-negara luar.

Imej negara kita sudah tercemar teruk di bawah kepimpinan kerajaan ‘tebuk atap’ yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin Yassin adalah seorang pemimpin politik yang tidak bermaruah serta tidak berprinsip, beliau hanya rakus untuk menjadi perdana menteri malaysia semata-mata tanpa peduli apa bakal terjadi pada negara kita.

Beliau bukan seorang pemimpin dan tidak mampu untuk memimpin negara kita.

Setelah setahun Muhyiddin Yassin memimpin kepimpinan negara menjadi semakin parah dari hari ke sehari.

Sebelum negara terus rosak secara parah, Majlis Raja-Raja Melayu wajar bersidang secara kadar segera untuk menunjukkan kepada keseluruhan rakyat serta dunia luar bahawa Majlis Raja-Raja Melayu mempunyai peranan yang amat penting khususnya bagi memayung kepentingan keseluruhan warganegara Malaysia.

Loading...

Kali ini juga, Majlis Raja-Raja Melayu harus memperhalusi dan menjadikan perutusan surat Timbalan Speaker Dewan Rakyat sebagai salah satu agenda mesyuarat kali ini.

“RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA.”

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...