MAJLIS RASMI PELANCARAN GERAKAN BANGSA NASIONAL (GBN) & SIDANG MEDIA

Raggie Jessy Rithaudeen

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku (PMT) dan Pergerakan Bugis Bangkit (PBB) akan bersama-sama menganjurkan satu majlis rasmi pelancaran Gerakan Bangsa Nasional (GBN) Selasa depan, bersamaan 26hb Mac 2019, di lokasi berikut:

Bilik Persidangan Pahlawan 2 (poolside),

Summit Hotel Subang USJ,


Persiaran Kewajipan USJ 1,

47600 UEP Subang Jaya,

Selangor Darul Ehsan

Sepintas lalu, GBN ditubuhkan atas kesedaran perlunya sebuah gerakan yang menitik-beratkan kematangan dalam perjuangan penyatuan Melayu-Islam tanpa berdolak-dalik dalam soal kedaulatan Islam dan pemartaban institusi di-Raja.

Ketua Bugis Bangkit, Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup

GBN turut sepakat menentang segala bentuk ancaman terhadap agama Islam oleh pihak DAP dan puak-puak belaan beberapa pemimpin parti tersebut yang berniat memecah-belahkan masyarakat Melayu-Islam menerusi gejala Islamophobia.

Atas kesedaran dan kesepakatan inilah Majlis Pengarah Kebangsaan (MPK) GBN memutuskan untuk memenuhi beberapa objektif utama yang digariskan bersama, iaitu:

1. Menentang segala bentuk ancaman terhadap agama Islam oleh DAP dan puak-puak belaan beberapa pemimpin parti tersebut yang berniat memech-belahkan kaum Melayu-Islam.

2. Menentang mana-mana pemimpin yang tamakkan wang, kuasa dan kedudukan (WKK) agar masyarakat tidak lagi dibelenggu dengan politik rakus yang dibawa oleh pemimpin sebegini.

3. Memperkasakan keunggulan institusi diraja.

4. Berjuang agar Perlembagaan Persekutuan di pinda supaya Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa baru, iaitu kuasa untuk memecat Perdana Menteri berdasarkan syarat-syarat tertentu.

5. Menuntut supaya agama Islam diklasifikasikan sebagai agama rasmi negara

6. Menolong semua lapisan masyarakat menghapuskan segala bentuk penindasan oleh mana-mana pihak, samada kerajaan pusat mahupun pihak pembangkang, terhadap mana-mana kaum ataupun kumpulan agama di negara ini.

7. Menghidupkan kembali semangat kemerdekaan 1957 serta impian-impian dan visi-visi yang dibawa oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

8. Menghidupkan kembali impian-impian serta visi yang dibawa oleh Tun Abdul Razak dalam usaha Allahyarham menyatu-padukan semua bangsa di negara ini dengan meningkatkan kemampuan setiap bangsa bersaing maju dalam semua jurusan.

Majlis pelancaran dijadualkan bermula pada pukul 12.30 tengah hari dan akan berehat pada pukul 1.15 petang bagi membolehkan para tetamu menjamu hidangan yang disediakan.

Majlis turut akan menyaksikan perutusan-perutusan dari ketua-ketua PMT dan PBB serta “keynote address” oleh seorang VIP jemputan dan juga perutusan yang agak penting oleh seorang veteran dalam bidang politik tanah air.

Majlis akan diakhiri dengan satu sidang media yang dijadualkan berlangsung pada pukul 2.30 petang.

Sidang tersebut akan diberikan penerangan terperinci berkenaan halatuju GBN serta pendedahan terkini berkenaan skandal terowong dasar laut, termasuk isi kandungan satu laporan polis yang bakal dibuat terhadap beberapa pemimpin dari DAP yang terlibat bersama dalam skandal tersebut.

Sekian dimaklumkan.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


SUMBANGAN IKHLAS BOLEH DIBUAT DENGAN MENGHUBUNGI SAYA DI NO +6016 404 9082

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...