Majlis Tertinggi UMNO bermesyuarat lagi malam ini

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sumber (gambar): Fail TTF

مجليس ترتيڠڬي امنو برمشوارت لاڬي مالم اين

UMNO sekali lagi dilaporkan akan mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) malam ini di Menara Dato Onn.

Sumber memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa mesyuarat malam ini, yang akan dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan membincangkan secara terperinci mengenai cadangan penstrukturan semula Kabinet.

Semalam Astro AWANI melaporkan, Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia sedang mempertimbangkan tiga nama untuk jawatan kedua tertinggi bagi badan eksekutif itu iaitu Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Untuk rekod, Ismail Sabri yang kini memegang jawatan sebagai Menteri Kanan Pertahanan adalah Ahli Parlimen Bera, manakala Hishammuddin yang juga Menteri Luar adalah Ahli Parlimen Sembrong.


KUALA LUMPUR: UMNO sekali lagi dilaporkan akan mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) malam ini di Menara Dato Onn.

Sumber memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa mesyuarat malam ini, yang akan dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan membincangkan secara terperinci mengenai cadangan penstrukturan semula Kabinet.




Ini termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, yang sebelum ini dilaporkan sedang dipertimbangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbal balas terhadap perjanjian keyakinan dan bekalan untuk Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 kelak.

Sokongan itu juga, menurut beberapa pemerhati politik, diperlukan demi menjamin kestabilan politik negara.

Semalam Astro AWANI melaporkan, Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia sedang mempertimbangkan tiga nama untuk jawatan kedua tertinggi bagi badan eksekutif itu iaitu Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Untuk rekod, Ismail Sabri yang kini memegang jawatan sebagai Menteri Kanan Pertahanan adalah Ahli Parlimen Bera, manakala Hishammuddin yang juga Menteri Luar adalah Ahli Parlimen Sembrong.

Mohamad pula perlu diberikan tiket Senator jika dipilih menyertai barisan Kabinet itu sebagai TPM baharu, memandangkan beliau tidak bertanding di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum yang lepas.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...