SAKSIKAN PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)
Raggie Jessy Rithaudeen
Selama dua hari berturut-turut, saya mengulas tindakan seorang pemimpin bukan muslim dari DAP bernama Howard Lee Chuan How, yang membuat tafsiran Al Quran ikut acuan beliau sendiri dan menggunakan tafsiran ini untuk mengkritik presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Saya menceritakan bagaimana tindak tanduk ‘luar tabii’ Howard ini merupakan kali pertama kejadian seperti ini berlaku dan membayangkan keberanian luar biasa pemimpin DAP mencabar umat Islam di Malaysia.
Namun, UMNO tidak ada masalah dengan tindakan Howard.
Malah, Majlis Ulama UMNO telah ‘menghalalkannya’ menerusi kenyataan Setiausaha Eksekutif cabang itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Menurut Mohd Khairuddin, hujahan Howard Lee sama seperti dihuraikan oleh alim ulama Islam tentang kepentingan ketaatan kepada ulil amri atau pemerintah dalam Islam.
Saya terkejut dengan kenyataan ini dan hairan bagaimana Khairuddin boleh bergelar “Setiausaha Eksekitif” Majlis Ulama UMNO, kerana sejujurnya, pandangan Khairuddin terang-terang mencerminkan betapa sesatnya beliau dari sudut ajaran Islam.
Barangkali Khairuddin tidak sedar bahawa…
SAKSIKAN PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)
