Maklumat dalaman: Boikot jentera, akar umbi BN & PKR, strategi “Kubu Kosong” Zahid, Anwar bakal makan diri

Laporan risikan mendedahkan banyak perkara, termasuk boikot besar-besaran yang dijangka melibatkan jentera pilihan raya dan akar umbi BN dan PKR. Manakala itu, Mohamad Hasan dijangka kalah di Rembau. Tonton juga live berhubung pendedahan ini 11 pagi ini menerusi link video di hujung bawah atau di You Tube Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK DI SINI)

Raggie Jessy Rithaudeen

معلومت ريسيكن: ڬلومبڠ كسدرن لوار بياسا، ستراتيڬي “كوبو كوسوڠ“ زاهيد، انور باكل ماكن ديري

Barisan Nasional dan PKR kini berdepan dengan satu masalah besar yang teramat serius.

Berdasarkan maklumat, boikot besar-besaran jentera pilihan raya dan akar umbi kedua-dua gabungan itu dijangka berlaku di seluruh negara, khususnya, di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis.




Boikot ini dijangka berlaku tidak kira siapa menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15, dan tindakan ‘memancung’ mereka yang tidak sehaluan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengeruhkan lagi keadaan.

Asas kepada boikot ini adalah penolakkan besar-besaran di seluruh negara terhadap kepimpinan Zahid Hamidi, Anwar Ibrahim dan beberapa tokoh Kluster Mahkamah UMNO, termasuk setiausaha agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Namun, Zahid dan Anwar masih duduk di dalam kepompong khayalan dan menolak segala maklumat risikan dan tinjauan yang mencadangkan Barisan Nasional dan PKR tidak berada dalam keadaan yang ‘selamat’, biarpun perolehan kerusi kedua-dua gabungan itu dijumlahkan.

Zahid mengambil segala peluang yang ada bagi mewar-warkan kononnya Barisan Nasional berani dan pembangkang takut, barangkali untuk menghampakan pengundi atas pagar dan penyokong pembangkang agar kurang keluar mengundi.

Manalaka itu, beribu-ribu laskar siber pro-PKR merayap seperti kutu rayap di semua ruang komen laman-laman parti selain Barisan Nasional, untuk memarakkan slogan “Anwar PM-10,” seolah-olah Anwar merupakan calon pilihan rakyat biarpun tinjauan menunjukkan sebaliknya (KLIK DI SINI UNTUK MENILAI HASIL UNDIAN CALON PM).

Inilah yang dikatakan “Strategi Kubu Kosong.”

Akar umbi UMNO, penyokong tegar Najib sudah ‘membuka mata’

Sebelum ini, di Johor, Barisan Nasional menggunakan “Strategi Kubu Kosong” untuk menang majoriti dua pertiga, sedangkan gabungan itu mencatatkan prestasi yang lebih buruk berbanding PRU14.

Loading...

Nyata bahawa perang persepsi BN berjaya, apabila hampir 50 peratus pengundi berdaftar tidak keluar mengundi di Johor, menyebabkan Barisan Nasional menang besar walaupun mencatatkan penurunan dalam peratusan perolehan undi (bersandar kepada jumlah pengundi berdaftar).

Namun, “Strategi Kubu Kosong” ini tidak akan berjaya pada PRU15, kerana rakyat sudah menilai berbelas-belas tinjauan yang jelas menunjukkan pencapaian luarbiasa buruk Barisan Nasional.

“Maklumat yang diperolehi turut mengesahkan dakwaan TTF selama ini, bahawa laskar siber pro BN dan PKR membanjiri media sosial untuk menimbulkan persepsi palsu kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad terlalu dibenci, agar mereka yang melakukan tinjauan teragak-agak untuk mengumumkan keputusan seandainya keputusan ini memihak kepada Mahathir”

Berjuta rakyat Malaysia juga menonton klip video ucapan Zahid di konvensyen MIC, di mana Zahid terang-terang mengaku bahawa PRU awal bersangkut paut dengan kes mahkamah yang dihadapinya dan mungkin dihadapi oleh kepimpinan parti-parti komponen Barisan Nasional selain UMNO.

Rakyat juga meluat dengan ucapan Zahid pada Majlis Taklimat Khas Presiden, di mana para hadirin disajikan dengan beberapa fakta palsu berhubung rayuan ahkir SRC Datuk Seri Najib Tun Razak dan proses penghakiman.

Ramai penyokong Najib mengaku bahawa rentetan peristiwa yang menjurus kepada pemenjaraan Najib menyedarkan mereka bahawa Najib sebenarnya tidak mampu membela diri.

Rakan-rakan saya turut menceritakan perkara yang sama, dan berdasarkan pemantauan di media sosial dan ruang komen portal-portal berita, majoriti netizen nampak cara Najib dan pasukan peguamnya memperkotak katikkan proses mahkamah.

Nampaknya Najib tersilap langkah dan tersalah tafsir kebijaksanaan netizen, manakala Zahid tergamak menggunakan pentas UMNO sebagai “pentas hasutan bersifat menghina mahkamah” apabila cuba meracuni pemikiran rakyat terhadap sistem kehakiman.

Strategi Najib untuk mendapatkan penangguhan keputusan rayuan dengan cara yang tidak betul disedari oleh majoriti rakyat Malaysia, dan mereka menyampah apabila Najib dan Zahid cuba mendapatkan simpati rakyat dengan mendakwa kononnya badan kehakiman bersikap tidak adil.

Anwar tidak akan ke mana

Pilihan Raya Negeri Sabah, Melaka dan Johor membuktikan penolakkan besar-besaran terhadap kepimpinan Anwar.

Di Sabah, PKR hampir hangus biarpun Anwar mengumumkan bahawa beliau memiliki “majoriti yang meyakinkan,” hanya beberapa hari sebelum hari mengundi.

Ini menunjukkan bahawa rakyat tidak teruja dengan pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Malah, parti WARISAN yang mendukung perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka, mencatatkan pencapaian tertinggi dan peningkatan berbanding pencapaian parti itu pada PRN Sabah ke-14.

Pemilihan PKR baru-baru ini turut menyaksikan lebih 85 peratus tidak keluar mengundi, mencadangkan akar umbi parti itu sudah muak dengan pucuk pimpinan parti dan mungkin memboikot PKR pada PRU15.

Ini sejajar dengan semua undian yang dilakukan secara maya oleh TTF, di mana kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Harapan tidak mampu mencecah angka 24 peratus dari segi jumlah perolehan undi dan berada jauh di belakang GTA dan Perikatan Nasional (RUJUK DI SINI).

Maklumat yang diperolehi turut mengesahkan dakwaan TTF selama ini, bahawa laskar siber pro BN dan PKR membanjiri media sosial untuk menimbulkan persepsi palsu kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad terlalu dibenci, agar mereka yang melakukan tinjauan teragak-agak untuk mengumumkan keputusan seandainya keputusan ini memihak kepada Mahathir.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...