معلومت ميليكن ساهم عزم باكي اداله برداسركن ريكود عوام – ڤڬوام
Maklumat berhubung milikan saham Ketua Pesuruhjawa SPRM yang dibongkarkan oleh K Lalitha adalah berdasarkan rekod awam, laporan kawal selia dan pemfailan kewangan korporat.
Demikian menurut peguam Lalitha, Manjeet Singh Dhillon, yang berkata, Lalitha mengecam percubaan SPRM melibatkan polis untuk menyiasatnya.
Sebelum itu, Manjeet berkata, laporan polis yang dibuat oleh penolong kanan pesuruhjaya SPRM membuat kesimpulan pramatang mengenai kelakuan bosnya walaupun belum ada siasatan dijalankan ke atas Azam Baki.
Tambahnya, laporan polis itu meleset memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob turut menggesa supaya siasatan dijalankan terhadap kelakuan Azam dalam urusan jual beli saham berkenaan.

Menurut Manjeet, Lalitha meminta komen Azam pada 10hb Disember melalui Whatsapp dan menghubungi juga pembantu peribadinya tetapi tiada sebarang maklum balas.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Lalitha mengalu-alukan gesaan perdana menteri Malaysia dalam sidang media di Kota Marudu dan menteri dalam negeri bahawa keseluruhan perkara berkaitan peranan dan urusan saham Azam Baki akan disiasat.
“Gesaan Lalitha adalah bahawa ini harus dilakukan oleh sebuah badan yang berwibawa dan bebas tanpa sebarang berat sebelah atau konflik kepentingan dan yang memberi inspirasi sepenuhnya kepada keyakinan umum selaras dengan status, peranan dan tanggungjawab SPRM dalam menangani rasuah di Malaysia,” kata Manjeet, sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini.
Sebelum itu, Manjeet berkata, laporan polis yang dibuat oleh penolong kanan pesuruhjaya SPRM membuat kesimpulan pramatang mengenai kelakuan bosnya walaupun belum ada siasatan dijalankan ke atas Azam Baki.
Tambahnya, laporan polis itu meleset memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob turut menggesa supaya siasatan dijalankan terhadap kelakuan Azam dalam urusan jual beli saham berkenaan.
Azam mendapat perhatian berhubung pemilikan 1,930,000 saham dalam Gets Global Berhad (sebelum ini KBES Berhad) pada 30 April 2015 bernilai sekitar RM772,000 pada masa itu.
Pegangan sahamnya dalam Gets Global Berhad turun kepada 1,029,500 pada 31 Mac 2016, bernilai sekitar RM340,000 pada masa itu.
Azam juga memegang 2,156,000 waran dalam Excel Force MSC Berhad pada Mac 2016.
Pemilikan saham pada 2015 dan 2016 telah menimbulkan persoalan sama ada ia setimpal dengan pendapatannya sebagai penjawat awam.
Dalam sidang media khas pada 5hb Januari lalu, Azam tidak mempertikaikan pemilikan saham tersebut sebaliknya mendakwa ia dibeli atas namanya oleh adik lelakinya.
Bagaimanapun, penjelasan itu menarik perhatian Suruhanjaya Sekuriti kerana kemungkinan berlaku penyalahgunaan akaun dagangan.
Azam sejak itu mengeluarkan surat tuntutan terhadap Lalitha, menuntut permohonan maaf dan ganti rugi RM10 juta.
Semalam, TTF menulis bahawa dakwaan terhadap Azam berpaut pada asas perundangan yang kukuh, membabitkan Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, Seksyen 25 dan 29 Akta Perndustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991(SICDA) serta garis panduan pemilikan dan pengisytiharan harta oleh penjawat awam (RUJUK LINK DI BAWAH).
BACA: BENARKAH ISMAIL SABRI TAKUT AZAM BAKI AKAN BOCOR RAHSIA SALAH LAKU PEMIMPIN KERAJAAN?
THE THIRD FORCE
Disunting daripada laporan Malaysiakini