Malangnya menjadi Melayu Bandar – Hadiah terbaru warga KL sempena Hari Wilayah Persekutuan

Dato’ Razlan Rafii

Tatkala Parti Bersatu melaungkan slogan “kepentingan Melayu akan kami jaga” tetapi sebaliknya dimana rakan karibnya , Amanah terus membuli peniaga-peniaga Melayu di KL.

Terkini, keputusan YB Khalid Samad untuk berhentikan Bazaar Ramadhan di Ibu Kota disebabkan lesen dijual kepada warga Indonesia ataupun warga asing dalam usaha pemutihan kepada perkara ini.

Operasi Bazaar Ramadhan hanya 1 tahun sekali atau 30 hari setahun untuk orang Melayu/Islam mencari rezeki, di buli oleh YB Khalid Samad, soalannya tidak ada ke jalan atau cara lain selain dari penutupan ini?

Tidak dinafikan, ada segelintir dikalangan penjaja yang tidak bertanggungjawab, tetapi ianya hanya dlm tidak sampai 10% sahaja, dan bersetuju mereka ini memang sepatutnya dikenakan tindakan, tapi kenapa PH menghukum keseluruhan Peniaga Bazaar kerana segelintir ini ?


Siapa masih ingat yang membuat onar pada tahun lepas, dimana tahun pertama PH jadi Kerajaan, Ahli Parlimen Bukit Bintang  menyokong permohonan bazaar Ramadhan telah berpakat dengan Pemuda Bersatu untuk *”memerah darah daging”* Peniaga Melayu untuk di Jalan TAR. Malah siasatan *SPRM* di sorok bawah tikar.

Kita semakin hairan, kenapa Bazaar Ramadhan yang diadakan setahun sekali, YB Khalid Samad telah mengambil keputusan begitu drastik dan begitu teruja menghukum Orang Melayu? Cuba YB Khalid Samad turun padang ke  Petaling Street pasti beliau *terpegun* yang meniaga disitu bukannya bangsa Cina, majoriti adalah warga asing Bangladesh, kenapa YB Khalid takut nak tutup Petaling Street? Dan seperkara lagi peniagaan disana Setiap Hari, bukan setahun sekali!

Saya ingin nasihatkan kepada Kementerian Wilayah, perlu bersikap adil kepada orang Melayu Islam di Bandar, jangan double standard dan meletakkan kepentingan dan kebajikan Melayu di telapak kaki dalam pentadbiran anda.

Sekira mahu mengambil apa-apa keputusan, fikir panjang berkenaan masa depan dan perut dan poket Rakyat, bukan bertindak sembrono tanpa melihat punca rezeki mereka!

Razlan Rafii
Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh
10 Feb 2019.

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...