Malaysia adalah Tanah Melayu

MT Editorial Team

‘Ketuanan Melayu’ lebih sesuai disebut ‘kedaulatan Melayu’ kerana ia mencakupi kedudukan Raja-raja Melayu dan rakyatnya dan bukannya soal antara ‘tuan’ dan ‘hamba’, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

“Ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan raja sebagai puncak kerajaan negeri-negeri Melayu,” titah Baginda. Menurut Baginda, apabila British memberikan kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya, iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.

Ini kerana, awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya, titah baginda. Sultan Ibrahim membangkitkan soal mengenai ‘Ketuanan Melayu’ kerana masih ramai rakyat tidak memahami perkara berkenaan dan menyalahtafsir maksudnya yang sebenar.




“Sejak dulu lagi, ketika negeri-negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagai tetamu dan memberikan mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Tanah Melayu. Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum lain terus juga dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan,” titah baginda.

Rakyat Malaysia, yang terutama generasi muda dan yang bukan orang Melayu ini sebenarnya buta sejarah. Malah, genarasi yang buta sejarah ini bukan sahaja mempersoalkan ‘Kontrak Sosial’ di Negara ini, mereka juga mempertikaikan kewujudannya. Sampai mereka berani mengatakan bahawa orang Melayu adalah pendatang (macam Cina dan India) yang merampas tanah ini dari tuannya iaitu Orang Asli.

Orang Asli ke yang asal dari tanah ini? Jadi, siapa yang dimaksudkan sebagai Orang Asli ni? Russian ke? Orang asal ditanah Melayu ini dikenali sebagai Orang Asli. Orang Asli ini juga se‘Melayu’ seperti Orang Darat, Orang Ulu, Orang Laut, Orang Bugis, Orang Riau, Orang Jawa, Orang Pontianak, Orang Pattani, Orang Minangkabau, Orang Sulu, Orang Bajau. Dalam erti kata lain, mereka ini adalah sebahagian dari kumpulan etnik yang dipanggil Austronesian.

Mahathir pernah berkata bahawa ‘Kontrak Sosial’ adalah kontrak yang wujud dan tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan. Baca dengan teliti dan fahami Perlembagaan dan itulah kontrak sosial yang dimaksudkan.

Kita perlu ingat bahawa, Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada tahun 1948, sembilan tahun sebelum negara kita merdeka. Persekutuan ini merupakan persetujuan dari kesemua negeri-negeri Melayu dibawah pentadbiran persekutuan. Di bawah perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ini juga, pentadbiran negeri adalah dibawah kuasa pentadbiran persekutuan. Tetapi negeri-negeri ini diberi otonomi untuk beberapa perkara seperti agama, sumber asli dan lain-lain.

Salah satu perkara dibawah bidang kuasa negeri adalah Agama Islam. Jadi, bagaimana Malaysia dianggap negara sekular, seperti mana ramai yang didalam Pakatan Harapan berkata, apabila Islam masih berada ditahap yang tetinggi dan penting. Sedangkan di dalam sesebuah negara yang sekular, Islam tidak akan ada ruang untuk memainkan peranannya pada masyarakat.

Loading...

Hari ini, negara kita ini dipanggil Malaysia. Kita melaungkan nama Malaysia sebagai negara kita. Tetapi ingat , ini tidak bermaksud yang Tanah Melayu ini sudah tidak wujud atau pun hilang. Bagi sesiapa yang masih degil dan mengatakan bahawa Malaysia ni bukan Tanah Melayu, mereka ini adalah bangsa yang bodoh-sombong dan generasi yang buta sejarah. Janganlah bagi orang Melayu menyesal sampai ke mati, setiap kali perkataan ‘Tahun 1957’ terlintas. Kerana pada tahun itulah juga, orang Melayu bukan sahaja memberi kerakyatan, malah berkongsi tanah mereka ini untuk Cina dan India bermastautin hingga ke anak cucu.

Sumber: Malaysia Today



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...