Malaysia cipta sejarah – sidang APEC online

VESOM memfokuskan kepada merealisasikan Kenyataan Menteri Bertanggungjawab Bagi Perdagangan  (MRT) APEC berkaitan COVID-19. Sumber (gambar): Twitter

Malaysia menempa sejarah baharu apabila mempengerusikan Mesyurat Pegawai Kanan APEC secara maya (VESOM) berkaitan COVID-19 pada Rabu.

Mesyuarat selama empat jam yang bermula jam 7 malam itu disertai semua 21 anggota ekonomi APEC dari lapan zon waktu berbeza di dalam satu platform maya yang sama.

VESOM mengetengahkan lima cadangan, merangkumi; platform untuk saling bertukar informasi berkaitan polisi tindakan oleh Ekonomi APEC berkaitan krisis COVID-19; dua cadangan berasingan berkenaan cara untuk fasilitasi barangan keperluan sewaktu krisis.

Cadangan lain termasuk menubuhkan dana berasingan untuk kerjasama APEC untuk mengekang COVID-19 dan menentukan hala tuju rantau ini ke arah pemulihan ekonomi; dan bimbingan serta hala tuju badan APEC untuk meneruskan tugas pada waktu yang tidak menentu ini.


KUALA LUMPUR: Malaysia menempa sejarah baharu apabila mempengerusikan Mesyurat Pegawai Kanan APEC secara maya (VESOM) berkaitan COVID-19 pada Rabu.

Mesyuarat selama empat jam yang bermula jam 7 malam itu disertai semua 21 anggota ekonomi APEC dari lapan zon waktu berbeza di dalam satu platform maya yang sama.




Sekretariat APEC Kebangsaan 2020 dalam satu kenyataan berkata ia disertai oleh semua Ekonomi APEC, Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) termasuk para pemerhati serantau dan antarabangsa.

“VESOM memfokuskan kepada merealisasikan Kenyataan Menteri Bertanggungjawab Bagi Perdagangan  (MRT) APEC berkaitan COVID-19, yang dikeluarkan awal bulan ini.

“Pegawai Kanan turut mendengar kenyataan dari ABAC, selepas majlis itu mengemukakan pandangan berkaitan peranan sektor swasta dalam mengekang impak pandemik selain mengukuhkan kembali pemulihan ekonomi serantau,” memetik kenyataan itu.

VESOM mengetengahkan lima cadangan, merangkumi; platform untuk saling bertukar informasi berkaitan polisi tindakan oleh Ekonomi APEC berkaitan krisis COVID-19; dua cadangan berasingan berkenaan cara untuk fasilitasi barangan keperluan sewaktu krisis.

Cadangan lain termasuk menubuhkan dana berasingan untuk kerjasama APEC untuk mengekang COVID-19 dan menentukan hala tuju rantau ini ke arah pemulihan ekonomi; dan bimbingan serta hala tuju badan APEC untuk meneruskan tugas pada waktu yang tidak menentu ini.

Sekretariat memaklumkan, daripada semua cadangan itu, tiga daripadanya dicadangkan oleh Malaysia iaitu berkaitan mewujudkan platform dalam pertukaran informasi dipanggil APEC COVID-19 Latest and Immediate Virtual Exchange atau APEC COVID-19 LIVE.

Platform ini bertujuan untuk memfokuskan kepada campur tangan, langkah, program dan inisiatif polisi yang diamalkan Ekonomi APEC dalam memdepani krisis COVID-19.

Loading...

Kedua, Malaysia mengemukakan draf dipanggil Deklarasi APEC dakam Memudahkan Pergerakan Barangan Keperluan. Draf deklarasi ini dikemukakan kepada semua Ekonomi APEC untuk menawarkan senarai barang yang ditentukan oleh mereka sendiri untuk pelaksanaan konsesi tarif sepihak.

Cadangan ketiga adalah berkaitan kapasiti Malaysia selaku Pengerusi APEC 2020 untuk menawarkan bimbingan dalam pelaksanaan tugas melibatkan semua badan APEC di mana semua jawatankuasa, kumpulan kerja dan sub-fora diingatkan supaya tugas mereka perlu diteruskan, sama ada menerusi maya atau antara sesi (intersessional).

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...