Malaysia dalam ASEAN: Dihormati, disegani

“Kita juga menjadi orang tengah perundingan damai antara kerajaan Filipina dengan pejuang MILF. Pada 15 Oktober 2012, PM kita sendiri menyaksikan acara bersejarah permeteraian perjanjian damai di Manila antara dua pihak bertelagah ini”

Salleh Said Keruak




1. Esok, 8 Ogos, genaplah 50 tahun penubuhan Asean.

2. Semasa ditubuhkan pada tahun 1967 di Bangkok, Asean hanya melibatkan lima buah negara sahaja—Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura. Tetapi kini, kerana kejayaannya, semua negara di rantau ini—Brunei (1984), Vietnam (1995), Laos dan Myanmar (1997), Kemboja (1999), dan Timor Leste (2017) turut menyertainya.

3. 50 tahun dahulu tujuan penubuhan Asean sederhana sahaja: untuk mewujudkan kerjasama serantau supaya terciptanya perdamaian, kemajuan, dan kemakmuran di kawasan Asia Tenggara.

4. Kini, setelah 50 tahun bersama, Asean telah berjaya mencapai matlamat penubuhannya.  Asean berjaya meningkatkan kerjasama perdagangan, keselamatan, pendidikan, sukan, dan saintifik bersama negara anggotanya.

5. Negara kita sendiri banyak menyumbang kepada Asean ini, apatah lagi di bawah kepimpinan PM sekarang.  Misalnya, pada 21 Disember 2011, kita membantu Myanmar, Laos, Kemboja dan Filipina yang terkena musibah banjir, pada 26 Disember 2004 kita membantu tsunami Aceh, pada 5 Mei 2006 kita membantu gempa bumi Yogyakarta dan banyak lagi.

6. Bantuan kita bermacam cara: ada dalam bentuk kewangan, bentuk tenaga yang semuanya adalah bantuan kemanusiaan.

7. Kita juga menjadi orang tengah perundingan damai antara kerajaan Filipina dengan pejuang MILF. Pada 15 Oktober 2012, PM kita sendiri menyaksikan acara bersejarah permeteraian perjanjian damai di Manila antara dua pihak bertelagah ini.

Loading...

8. Pada tahun 2015 semasa Malaysia menjadi tuan rumah persidangan Asean, PM kita menegaskan komitmen kita untuk bersama negara anggota melawan teroris agama.

9. Tidak hanya itu, pada 4 Disember 2016, kita mengadakan demontrasi membantah perilaku kerajaan Myanmar yang mencabul hak etnik Rohingya.  PM kita kemudiannya mengumumkan menerima masuk 55,000 etnik Rohingya dan membantu mereka mendapatkan kad UNHCR.

10. Pendek kata, dalam tempoh 50 tahun penubuhan Asean, kita memainkan peranan besar.  Keadaan ini menjadikan kita disegani dan dihormati oleh negara jiran.  Kita bersatu dalam Asean untuk mengatasi masalah serantau seperti tuntutan bertindih, ancaman teroris, jenayah rentas sempadan dan lainnya.

11. Hingga setakat ini hasil kerjasama kita dalam Asean lumayan. Dengan teraju PM kita dan pemimpin Asean lainnya, peranan dan kedudukan Asean di pentas antarabangsa semakin cemerlang.

12. Moga Asean terus bersatu dan kita dapat mewujudkan pula 1ASEAN yang kekal sebagai zon aman, bebas dan bekecuali. Tahniah Asean!

Source: sskeruak.blogspot.my



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...