Malaysia dilihat sebagai model until keamanan dan kestabilan

Salleh Said Keruak

Jika anda bertanya kepada pelancong mengenai apa yang mereka suka mengenai Malaysia, mereka akan menjawab kepelbagaian makanan, budaya dan pelbagai kaum di Malaysia disamping keamanan dan   kestabilan yang dicapai sejak itu. Sejak Merdeka, Malaysia kekal aman hasil daripada pelaksanaan dasar yang mengambil kira kepentingan semua rakyat di negara ini.

Polisi-polisi digubal untuk mewujudkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran yang berterusan, dan rakyat pelbagai kaum dan agama akan sentiasa merasa selamat dan dapat menikmati manfaat pembangunan yang disediakan oleh kerajaan.

Falsafah “1Malaysia”, dan “Negaraku” baru-baru ini merupakan kesinabungan daripada polisi-polisi yang terdahulu oleh kerajaan untuk menanamkan rasa kebersamaan dan persaudaraan di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai untuk memelihara dan mengekalkan perpaduan di kalangan mereka.

Kami memilih dasar kesederhanaan. Kami tidak mengamalkan ideologi melampau, tetapi ideologi yang sederhana supaya kita dapat memastikan dengan perpaduan yang ada di negara ini, negara kita akan terus maju.

Sumber: sskeruak.blogspot.my

Comments

Comments