Malaysia lubuk pakar korupsi

Zafrul Ismail. Sumber (gambar): Fail TTF

Zafrul Ismail

مليسيا لوبوق ڤاكر كوروڤسي

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan yang didapati bersalah menerima rasuah RM2 juta dan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan.

Hebat betul gambaran kedaulatan undang-undang negara kita yang ternyata dicabuli semasa pentadbiran Perikatan Nasional.

Ibarat “Antara 2 darjat” apabila rakyat Marhaen yang mencuri setin susu untuk anaknya diadili dengan 2 tahun penjara.




Tahniah pada mereka yang menjulang ‘dacing keadilan’ ini. Rakyat yang hidup tersepit, ditindas dan tidak terbela nasibnya manakala golongan penyamun kayangan yang dijatuhkan hukuman ringan atas kesalahan yang sangat ketara.

Sungguh tidak terduga dan amat memalukan negara apabila sebelum ini Malaysia menjadi contoh di mata dunia kini tercalar.

Agama Islam dipermainkan dan isu perkauman menjadi hidangan lakonan politik yang sunggyg tidak bermaruah. Tarif elektrik bakal dinaikkan dan akan memberi tekanan kepada rakyat yang sudah dalam kesusahan.

Sang menteri-menteri di’jamu’ dengan elaun hasil titik peluh keringat rakyat marhaen. Disaat rakyat baru mengatur langkah untuk memperbaiki kehidupan setelah pandemik COVID19, berita kenaikan tarif elektrik pula menjadi halwa telinga.

Malaysia semakin mundur disebabkan kerakusan kuasa dan tamak haloba pemimpin dan ahli politik yang tidak ada kredibiliti, amanah dan integriti.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...