Malaysia pengguna WhatsApp terbanyak di dunia

Salleh Said Keruak

1. Laporan The Digital News Report 2017 mendapati 51% pengguna internet di Malaysia menggunakan WhatsApp untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita.  Mengikut laporan itu lagi, media sosial lain yang popular di Malaysia ialah Facebook (58%), YouTube (26%), WeChat (13%) and Instagram (13%).




2. Laporan itu juga menyatakan rakyat Malaysia mendapatkan berita melalui media sosial sebanyak (86%), bercetak (45%), TV (54%) dan radio (15%).  Peranti utama yang digunakan adalah smartphones (65%), komputer (45%), and tablets (18%).

3. Sebabnya mudah: Malaysia mempunyai kemudahan dan penembusan Internet yang baik.

4. Kajian lain yang dibuat oleh TNS Global juga mendapati Malaysia adalah negara terbanyak yang menggunakan WhatsApp dengan 77%, dikuti oleh Facebook Messenger dengan 41%.

5. Pengguna kita kerap menggunakan WhatsApp kerana banyak kelebihannya.  Pertama, mudah dan cepat untuk berhubung dan berkongsi maklumat.  Kedua, perantaraan berkesan dalam sesebuah organisasi kerana setiap saat arahan atau makluman boleh dikirimkan tanpa batasan masa dan menjimatkan kos.  Ketiga, untuk peniaga, memudahkan mereka memperluaskan perniagaan masing-masing tanpa memerlukan kos yang tinggi.

6. Dalam politik, WhatsApp adalah alat kempen politik yang berkesan dan meluas.  Bayangkan satu kumpulan WhatsApp mempunyai 200 ahli.  Jika seseorang itu mempunyai 10 kumpulan WhatsApp, dalam masa yang singkat beliau sudah boleh berkongsi maklumat dengan 2000 orang.

7. Walaupun ada baiknya, WhatsApp juga mempunyai keburukan. Keburukan yang paling ketara ialah Whatsapp boleh menjatuhkan maruah seseorang jika digunakan untuk menyebarkan makumat yang salah.  WhatsApp juga bahaya jika terdapat ahli kumpulan yang membuat salinan untuk pengguna lain atau menyalin paparan (print screen) sehingga menjadi tular.

8. Saya mendokong kebebasan maklumat, tetapi janganlah menggunakan WhatsApp untuk menjatuhkan kreadibiliti pihak lain dengan berita yang tidak tepat.  Ini kerana WhatsApp mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat. Kuasanya seperti pisau tajam yang boleh mencederakan.

Loading...

9. Nasihat saya, gunalah kemudahan WhatsApp dengan sebaiknya dengan mengelakkan diri dari menabur fitnah.  Bila semuanya teratur baik, kita tentunya bangga kerana mempunyai masyarakat yang celik IT sehingga menjadi pengguna Whatsapp terbanyak dunia.

Source: sskeruak.blogspot.my



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...