Malaysia perlu pemimpin lebih utama daripada ahli politik

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dari sudut sejarah telah bergerak aktif dalam bidang politik semenjak tahun 1982 sehingga kini lebih kurang 37 tahun lebih namun tidak pernah keluar masuk parti, jauh sekali melompat ke parti itu dan parti ini. Inilah ciri-ciri pemimpin yang sebenar iaitu istiqamah dan konsisten dengan apa yang diperjuangkan. Sumer (gambar): Harakah Daily

Nik Bakri Nik Mat

DALAM keadaan politik yang tidak menentu di Malaysia hari ini, antaranya para pemimpin kerajaan tidak menghormati di antara satu dengan yang lain sebagai contoh isu terkini berkait dengan pelantikan individu transgender sebagai wakil CCM tanpa pengetahuan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan.

Nik Bakri Nik Mat

Isu ekonomi negara yang celaru sehingga dalam tempoh 400 hari sudah RM20 bilion aset negara dijual dan bermacam-macam isu rakyat yang tidak terbela. Maka kita selaku rakyat Malaysia yang mencintai Negara Malaysia sebenarnya mesti mengakui bahawa “kita amat memerlukan seorang pemimpin negara bukan seorang ahli politik semata-mata apatah lagi mengharapkan ahli politik yang telah terpalit dengan pelbagai masalah peribadi dan terlibat dengan segala bentuk fitnah serta penipuan terhadap rakyat”.

Malaysia hari ini diwarnai dengan politik fitnah, politik penipuan, politik kebencian, politik jijik dan keji serta politik hasutan yang mana semuanya itu akhirnya akan membebankan rakyat kerana semua itu hanyalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan ahli politik tertentu tanpa fokus kepada kebajikan rakyat yang terbeban dengan ekonomi yang semakin parah.

Maka fahamilah wahai rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam dan begitu juga rakyat non-Muslim yang masih mengharapkan keadilan yang sebenar bahawa sudah sampai masanya kita mencari seorang pemimpin bukan seorang ahli politik semata-mata.


Oleh itu, telah sampai masanya rakyat menyedari bahawa PAS memiliki saf kepimpinan yang mampu untuk memenuhi kehendak rakyat dan Negara Malaysia masa kini sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan pemimpin yang benar-benar membangunkan negara dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Islam sebagai Agama Persekutuan. Janganlah lagi kita menggadaikan kedaulatan, keselamatan, kemakmuran negara kepada golongan ahli politik yang semata-mata mencari keselesaan kaum sendiri tanpa memikirkan rakyat sebagai contoh apa yang berlaku di Pasir Gudang dan apa yang berlaku kepada arwah Adib.

Sebagai contoh satu fakta yang tidak mampu untuk dinafikan oleh semua pihak iaitu tokoh utama di kalangan pemimpin PAS dari sudut kepimpinan ialah Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebagai Menteri Besar Kelantan dalam masa yang sama memimpin masyarakat dengan suatu contoh kesederhanaan, amanah dan sangat berintegriti, ini kerana sepanjang pentadbiran beliau tidak ada satupun kes rasuah berlaku termasuk juga kepada semua exco dan pegawai kerajaan.

Sekarang PAS memiliki Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seorang tokoh yang sangat berilmu dan berwibawa bertaraf ulama dan ahli akademik yang diiktiraf di peringkat dunia. Sebagai seorang pemimpin parti yang amat disegani oleh pendukung dan pengikut bukan kerana kedudukannya tetapi kerana kesederhanaan hidup yang ditunjukkan oleh beliau. Beliau juga merupakan ahli politik yang memiliki pengalaman luas di peringkan Dun dan Parlimen.

Memiliki ciri kepimpinan dari sudut istiqamah dengan perjuangan dan dasar-dasar perjuangan dan tidak pernah berubah tetap konsisten dengan parti tidak sebagaimana sesetengah ahli politik yang sehingga hari ini keluar masuk parti, melompat parti, menubuhkan parti baru demi kuasa dan kedudukan dan seribu satu keadaan yang menunjukkan bahawa mereka tidak konsisten, tidak teguh dengan dasar perjuangan sehingga kita tertanya-tanya apakah sebenarnya dasar yang sedang mereka perjuangkan?

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dari sudut sejarah telah bergerak aktif dalam bidang politik semenjak tahun 1982 sehingga kini lebih kurang 37 tahun lebih namun tidak pernah keluar masuk parti, jauh sekali melompat ke parti itu dan parti ini. Inilah ciri-ciri pemimpin yang sebenar iaitu istiqamah dan konsisten dengan apa yang diperjuangkan.

Berpengalaman sebagai Adun dan ahli parlimen selama 15 tahun lebih semenjak tahun 2004 hingga kini. Jika pemimpin sebegini dipilih sudah tentu rakyat akan dibela dan dilayan dengan penuh keadilan dan rasa hormat kepada rakyat. Beliau telah memimpin parti PAS sebagai Presiden selama 16 tahun lebih semenjak tahun 2003 sehinggi kini. Satu pengalaman yang cukup untuk mentadbir negara.

Dasar yang TGHH bawa dalam PAS atau Konsep Perjuangan PAS ialah ‘Muwajahah Silmiah (berdepan secara damai) dan terkini ditambah pula dengan BPMS (Budaya Politik Matang dan Sejahtera). Maka dengan kepimpinan beliau, PAS telah banyak bekerjasama termasuk atas konsep tahaluf siyasi (persefahaman politik) begitu juga dengan taawun siyasi (kerjasama politik) dengan banyak pihak.

Antaranya dengan S46, PKR, DAP dan lain-lain sama ada ada atas nama Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Altenatif, Pakatan Rakyat, Gagasan Sejahtera dan sekarang malakukan taawun siyasi dengan Umno. Semua ini merupakan ciri-ciri pemimpin yang diperlukan iaitu memiliki sifat keterbukaan dengan siapa sahaja dan benar-benar jujur berjuang kerana Islam dan Allah buktinya beliau tidak pernah berdendam dengan Umno yang mana kita semua maklum apa yang telah dilakukan oleh Umno semasa mereka berkuasa.

Akan tetapi sikap yang ditunjukkan oleh TGHH, demi Negara Malaysia yang tercinta dan demi Islam yang diperjuangkan sanggup meminggirkan dan melupakan apa sahaja yang penting ‘Penyatuan Ummah’ atas nama Islam dapat dilaksanakan dan usaha demi menyelamatkan negara daripada ahli-ahli politik yang hanya bercita-cita memegang tampuk pemerintahan semata-sama tanpa memikirkan kebajikan rakyat dan kedaulatan negara dapat dicapai.

Satu lagi fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa PAS dan kepimpinan PAS adalah tempat yang dicari oleh mana-mana ahli politik yang terbuang sebagai contoh Tengku Razali, Anwar Ibrahim dan sekarang ini pula pemimpin-pemimpin Umno setelah mereka mengalami kekalahan dalam PRU 14. Kenyataan ini bukan untuk merendahkan mana-mana pihak namun itulah realiti yang berlaku. Suatu yang tidak perlu lagi diperjelaskan. Cuma itulah juga yang membuktikan bahawa PAS memiliki kewibawaan sebagai tempat rujuk dan bernaung serta mampu memimpin dan pemimpin PAS pula mampu memenuhi ciri kepimpinan untuk mentadbir Negara Malaysia.

Di era kepimpinan TGHH beliau membuka ruang kepada non-Muslim untuk menjadi ahli DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS). Ini menunjukkan bahawa non-Muslim tidak dipinggirkan bahkan diberi hak kepimpinan. Jika ahli politik yang dipinggirkan pun mencari PAS dan pemimpin PAS dan sekarang ini dengan jelas ahli politik tersebut dapat bangkit kembali walaupun sesetangah mereka boleh diibaratkan ‘bagai melepaskan anjing yang tersepit’ apa salahnya sekiranya rakyat memberi keyakinan dan sokongan bahawa PAS memiliki “pemimpin negara yang diperlukan masa kini”.

Dengan ini marilah kita sama-sama menjayakan usaha ‘Penyatuan Ummah’ atas dasar Islam dan demi Islam dan umatnya. TGHH adalah seorang tokoh pemimpin masaka kini yang amat diperlukan oleh Negara Malaysia dan beliau layak untuk digelar ‘Bapa Penyatuan Ummah’.

Marilah kita umat Islam bersatu atas nama Islam, hidup dengan Islam dan mati dengan Islam.

Penulisan ini sengaja diringkaskan tanpa fakta yang banyak dan dalil-dalil agar mudah difahami bahawa kita dalam situasi hari ini memerlukan ‘Pemimpin Ummah’ bukan ahli politik semata-mata.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...