Malaysia terbukti berada di arah yang betul

Salleh Said Keruak

Minggu ini, empat puluh tiga anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) telah memuji Malaysia kerana pencapaian ekonomi yang mengagumkan serta dasar perdagangan dan ekonomi yang berhemat. Malaysia turut dipuji kerana secara aktif mendukung dasar perdagangan terbuka sama ada melalui pembaharuan sehala, perdagangan serantau, perdagangan dua hala dan  peraturan perdagangan pelbagai hala. Ahli-ahli WTO juga menyedari kejayaan Malaysia dalam membaharui dan mempelbagaikan ekonominya telah menyumbang kepada pertumbuhan yang berterusan meskipun menghadapi pelbagai cabaran luar.




Pembaharuan ekonomi tidak mudah dan tidak boleh dilakukan secara jangka pendek. Ia memerlukan ketahanan dan kadang-kadang, dasar yang tidak popular demi untuk mencapai matlamat jangka panjang, terutamanya apabila cuba membetulkan kerosakan yang berlaku pada masa lalu. Walau bagaimanapun, masyarakat antarabangsa mengiktiraf pencapaian Malaysia dan dapat melihat negara sedang menuju ke arah yang betul.

Sering kali isu kejayaan ekonomi Malaysia dipolitikkan dan rakyat diberitahu sebaliknya dari apa yang sebenarnya berlaku. Pembangkang terus mengulangi pembohongan mengenai Malaysia yang muflis tetapi laporan antarabangsa membuktikan ini tidak benar. Sudah tiba masanya pihak pembangkang menerima hakikat bahawa Malaysia telah berjaya dan dasar-dasar kerajaan yang berkesan.

Source: sskeruak.blogspot.my



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...