Malaysia terpaksa bayar pampasan RM320 juta kerana pembatalan projet HSR

Dalam kenyataan bersama yang berasingan pejabat Lee dan Muhyiddin berkata, perjanjian dua hala itu luput selepas Malaysia dan Singapura tidak bersetuju dengan perubahan yang dicadangkan oleh Putrajaya. Sumber (gambar): TheMalaysiaNews.com

مليسيا ترڤقسا باير ڤمڤاسن رم320 جوت كران ڤمبطلن ڤروجيت هسر

Kementerian Pengangkutan Singapura hari ini mengesahkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur- Singapura (HSR) dibatalkan.

Dalam kenyataan dikeluarkan, kementerian berkenaan memaklumkan bahawa Malaysia perlu membayar pampasan kepada Singapura atas pembiayaan yang ditanggungnya sebagai sebahagian daripada kewajiban berdasarkan perjanjian dua hala.

Perjanjian dua hala itu yang ditandatangani pada 2016 ditangguhkan atas permintaan Malaysia sejak Sept 2018 dengan tarikh akhir bagi lanjutan penangguhan tersebut tamat semalam.

Pada Nov, sumber memberitahu FMT bahawa Putrajaya bercadang meneruskan projek itu tanpa Singapura.


PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan Singapura hari ini mengesahkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur- Singapura (HSR) dibatalkan.

Dalam kenyataan dikeluarkan, kementerian berkenaan memaklumkan bahawa Malaysia perlu membayar pampasan kepada Singapura atas pembiayaan yang ditanggungnya sebagai sebahagian daripada kewajiban berdasarkan perjanjian dua hala.




Terdahulu, sumber yang rapat dengan Putrajaya memberitahu FMT bahawa pampasan yang perlu dibayar Malaysia kepada Singapura adalah sekitar RM320 juta.

Kementerian itu berkata, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Malaysia, Muhyiddin Yassin membincangkan status projek berkenaan pada 2 Dis lepas.

“Perjanjian HSR luput pada 31 Dis 2020. Kedua-dua negara akan mematuhi tanggungjawab masing-masing dan kini akan meneruskannya dengan tindakan yang perlu dilakukan susulan penamatan perjanjian ini.

“Kedua-dua negara terus komited untuk mengekalkan hubungan dua hala yang baik,” katanya.

Dalam kenyataan bersama yang berasingan pejabat Lee dan Muhyiddin berkata, perjanjian dua hala itu luput selepas Malaysia dan Singapura tidak bersetuju dengan perubahan yang dicadangkan oleh Putrajaya.

Cadangan itu dibuat berikutan kesan wabak Covid-19 ke atas ekonomi Malaysia.

Perjanjian dua hala itu yang ditandatangani pada 2016 ditangguhkan atas permintaan Malaysia sejak Sept 2018 dengan tarikh akhir bagi lanjutan penangguhan tersebut tamat semalam.

Loading...

Pada Nov, sumber memberitahu FMT bahawa Putrajaya bercadang meneruskan projek itu tanpa Singapura.

Ia berkata, laluan baru yang dicadangkan itu akan menghubungkan Kuala Lumpur dengan Johor Bahru.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...