
Raggie Jessy Rithaudeen
مليسيا تيدق ڤرلو جاوتنكواس تليتي سيدڠ ڤرليمين، مليسيا ڤرلو محي الدين ڤاتوه تيته توانكو دان سڬرا برسيدڠ
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sebagai berkata, kerajaan akan melibatkan wakil pembangkang dalam jawatankuasa yang telah dibentuk untuk meneliti aspek-aspek penting sebelum persidangan parlimen diadakan.
Menurut laporan, ini berikutan aduan pembangkang bahawa mereka dikecualikan daripada jawatankuasa tersebut dan kebimbangan bahawa parlimen hibrid melumpuhkan peranan ahli parlimen dan sekadar menjadi ‘rubber stamp’.
Di sini, saya ingin membawa perhatian Muhyiddin kepada lima perkara:
1. Malaysia tidak memerlukan jawatankuasa untuk meneliti bila parlimen harus bersidang, samada secara hybrid, fizikal mahupun maya.
2. Malaysia hanya memerlukan kerajaan persekutuan menurut titah Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu untuk diadakan segera sidang parlimen dalam tempoh Darurat.
3. Tafsiran sebab parlimen perlu bersidang dalam tempoh Darurat sudahpun dijelaskan dalam artikel DI BAWAH:
BACA: SEBAB RAJA-RAJA MELAYU TIDAK MINTA DARURAT DITAMATKAN SERTA MERTA
4. Mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan hanya akan mengambil masa panjang sebelum keputusan dicapai dan ini boleh ditafsirkan sebagai penghinaan kepada titah Seri Paduka Baginda Tuanku.
5. Muhyiddin boleh, dalam tempoh Darurat ini, mengadakan sidang parlimen minggu depan tanpa perlu prosedur lazim dengan menggubal Ordinan Pindaan yang bersesuaian untuk tujuan itu.
Sekian.
WAJIB BACA:
Sebab Raja-Raja Melayu tidak minta Darurat ditamatkan serta-merta, nasib Muhyiddin selepas bulan ini
Loading...
