Mana kamu tinggal Ramasamy, di India?

“Pada saya jawapan menteri pendidikan itu sudah lembut dan berbudi bahasa. Jika saya, saya akan jawab jika nak kenakan syarat bahasa Mandarin kepada mereka yang ingin bekerja di syarikat swasta Cina, jawapannya, balik negara China. Tempat kamu bukan di sini” – Ridhuan Tee. Sumber (gambar): TTF

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dinasihatkan supaya diam jika tidak tahu, atau belajar semula sejarah serta Perlembagaan Negara, sebelum mengulas sesuatu isu membabitkan Melayu dan hak keistimewaan Bumiputera.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan mengenai sejarah dan Perlembagaan dan menyifatkan isu Bumiputera adalah perkara biasa yang sepatutnya difahami oleh bukan Melayu seperti Ramasamy.

“Kamu tinggal di mana Ramasamy? Di India? Jika itu pilihannya silakan. Kenyataan sebegini tidak sesuai untuk kamu tinggal di sini. Kenapa perlu syaratkan (bahasa) Mandarin untuk mendapatkan pekerjaan? Ini negara berasaskan sistem kenegaraan Melayu atau sistem kenegaraan Cina atau India,” tempelak beliau.


BANGI: Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dinasihatkan supaya diam jika tidak tahu, atau belajar semula sejarah serta Perlembagaan Negara, sebelum mengulas sesuatu isu membabitkan Melayu dan hak keistimewaan Bumiputera.

“Perkara asal sebegini kamu tidak faham, bagaimana nak menjaga rakyat Pulau Pinang, kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah selepas Ramasamy mempertikai tindakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengekalkan kuota Bumiputera untuk program matrikulasi.

Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu mengingatkan mengenai sejarah dan Perlembagaan dan menyifatkan isu Bumiputera adalah perkara biasa yang sepatutnya difahami oleh bukan Melayu seperti Ramasamy.


“Jika tidak faham mari saya ajarkan. Aspek kuota kaum untuk kemasukan program matrikulasi dengan ketidakadilan ke atas golongan Melayu dalam memohon pekerjaan di sektor swasta tidak mengejutkan, tetapi sangat berkaitan. Kamu tahu apa? Asyik jaga kaum sendiri sahaja,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.

Beliau juga menasihati Ramasamy untuk tidak mempertikaikan kemasukan pelajar ke matrikulasi kerana kewujudannya mengikut Perlembagaan, selaras dengan peruntukan Perkara 153 dan Dasar Ekonomi Baharu.

“Tidak cukup dengan itu, matrikulasi dan MRSM turut dibuka kepada bukan Melayu dan kuotanya semakin bertambah. Mahu apa lagi? Dasar ultra kiasu. Tidak pernah puas. Belanda minta tanah,” kata beliau.

Pada masa sama, Ridhuan Tee turut menempelak kenyataan pemimpin DAP itu bahawa menteri pendidikan masih terperangkap dengan pemikiran mengikut garis perkauman kerana mengaitkan aspek kuota kaum untuk kemasukan program matrikulasi, dengan ketidakadilan ke atas golongan Melayu dalam memohon pekerjaan di sektor swasta.

“Pada saya jawapan menteri pendidikan itu sudah lembut dan berbudi bahasa. Jika saya, saya akan jawab jika nak kenakan syarat bahasa Mandarin kepada mereka yang ingin bekerja di syarikat swasta Cina, jawapannya, balik negara China. Tempat kamu bukan di sini,” katanya.

Beliau menegaskan, meskipun kebolehan berbahasa asing hanya kredit dan turut dituntut Islam, itu tidak bermakna syarikat swasta boleh bertindak sewenang-wenangnya sehingga bertentangan dengan cara hidup negara serta Perlembagaan.

“Perlembagaan hanya membenarkan kita belajar bahasa asing, bukan belajar dalam bahasa asing. Tetapi dek kebaikan kerajaan dan orang Melayu Islam, belajar dalam bahasa asing (ibunda) tetap dibenarkan dalam pendidikan dengan wujudnya sekolah-sekolah vernakular seperti SJKC (1,300 buah) dan SJKT (500 buah). Mana ada negara di dunia membenarkan perkara pelik macam ini. Kenali hati budi Melayu.

“Kenapa tidak bersyukur, malah sanggup jadikan (bahasa) Mandarin (atau Tamil) sebagai syarat. Tidak cukup dengan itu, kerajaan turut diugut dan dipersalahkan. Akhirnya, kerajaan terpaksa tunduk kerana takut kehilangan kuasa dan undi.

“Kamu tinggal di mana Ramasamy? Di India? Jika itu pilihannya silakan. Kenyataan sebegini tidak sesuai untuk kamu tinggal di sini. Kenapa perlu syaratkan (bahasa) Mandarin untuk mendapatkan pekerjaan? Ini negara berasaskan sistem kenegaraan Melayu atau sistem kenegaraan Cina atau India,” tempelak beliau.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...