
Haniff Khatri
مان-مان ڬوبلن اكتا لومڤت ڤرتي ڤرلو ددهولوءي ڤيندأن كڤد ڤركارا 48﴿1﴾ ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Dalam menampilkan kegusaran ramai pihak nerhubung dengan cadangan Pindaan Perlembagaan yang akan dibentangkan mulai hari esok, Isnin, 11.04.2022 di Dewan Rakyat, yang dikatakan cuma terhadap Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, MALAYSIAKINI 10.04.2022 bertajuk “Azalina: Pinda Perkara 10 bahaya, boleh undang krisis perlembagaan” telah melaporkan :
“Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said turut serta bersama mereka yang mempersoalkan rancangan kerajaan untuk membentangkan rang undang-undang (RUU) bagi meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
“Mengapa tak turut pinda Perkara 48(6) pada Isnin ini untuk elak potensi krisis perlembagaan pada masa depan?”tulisnya menerusi Twitter semalam.
Perkara 48 adalah berkenaan kehilangan kelayakan seseorang daripada menjadi ahli parlimen.
Fasal 6 Perkara 48 menyatakan seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.”
(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/617508)
2. Pada hakikatnya, sejak wujudnya asas tuntutan Rakyat untuk adakan halangan perundangan terhadap tabiat buruk wakil rakyat yang “lompat parti” dan akibatkan kejatuhan Kerajaan dan pencabulan mandat Rakyat sejak “Sheraton Move” pada 23.02.2020, saya telahpun menyentuh isu berkaitan PROSES dan CARA untuk adakan mana-mana undang-undang beerkaitan “Anti Lompat Parti’ yang juga wajar menyentuh pindaan kepada Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan sebagai”sumber kuasa yang sah untuk gubalan mana-mana Akta “Anti Lopat Parti”, kelak.
3. Walapun Video ini doterbitkan hampir setahun yang lalu (rujuk video di bawah atau klik di sini), iaitu pada 21.04.2021, semasa negara berada di dalam Darurat Kesihatan, namun kandungannya adalah masih relevan untuk dikongsi semula di Ruang Bawah, di sini, secara khususnya berhubung peri penting pindaan Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan itu.
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!
