Manifesto BN bukan janji merepek “orang tua” tetapi tesis bertenaga dari seorang PM yang menjulang tinggi

TTF: Tesis bertenaga yang sesuai dengan tahap intelek yang tinggi seorang Perdana Menteri.

Itulah bagaimana saya melihat manifesto yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak semalan (sila lihat butiran berita), yang setakat ini adalah manifesto terbaik yang telah dihasilkan oleh parti pemerintah sejak negara kita mencapai kemerdekaan. Sejak mengambil alih tampuk kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Najib telah berulang kali membuktikan dirinya sebagai Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dan bukan sahaja bangsa Melayu atau penyokong Barisan Nasional.

Namun semalam, dia telah melangkah ke hadapan sekali lagi.

Bukan sahaja beliau membuktikan dirinya sebagai Perdana Menteri yang mementingkan kebajikan, beliau menangani setiap isu yang dihadapi rakyat Malaysia setiap hari dengan cara yang komprehensif, telus dan koheren melalui pembaharuan yang dibawanya setakat ini. Ringkasnya, Najib menghantar mesej secara tidak langsung kepada Lim Kit Siang yang mengatakan, “Lim, hantar anak kamu kepada saya – saya akan ajar dia tentang Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan.”

Ya, sejak lebih kurang lima tahun lalu, Kit Siang yang mengetuai kumpulan pembangkang – melalui kesemua rangkaian – menyalurkan tenaganya ke dalam kempen-kempen yang dirancang untuk menyerang Najib dan menjejaskan UMNO. Misi itu adalah untuk mengindoktrinasi pengundi dengan idea bahawa Perdana Menteri adalah “kleptokrat” yang mencuri RM42 bilion dari 1MDB.” Adakah anda benar-benar percaya bahawa Kit Siang atau sesiapa dalam pakatan itu mempunyai hitam putih yang boleh membuktikan bahawa Najib adalah seorang “kleptokrat”?

Sekiranya mereka ada bukti tersebut, sudah tentu mereka telah tunjuk kepada media tanpa ragu-ragu untuk disiarkan ke seluruh dunia. Sebaliknya, Dr Mahathir Mohamad (yang memulakan khabar angina RM42 bilion tersebut) mengakui bahawa beliau tidak mempunyai bukti yang cukup terhadap Najib (lihat video di bawah), yang bermaksud, segala yang dikatakannya mengenai Perdana Menteri merupakan satu penipuan atau berdasarkan khabar angin semata-mata.

Namun, beliau dan Kit Siang masih terus menerus dengan cerita karut kleptokrasi seolah-olah ia ditulis di dalam kitab agama dalam dunia yang diberkati Tuhan ini.

Anda tahu kenapa?

Ini kerana kedua-duanya mempunyai idea yang cukup baik bagaimana mudahnya untuk menipu rakyat Malaysia. Menurut kata-kata bijak pandai, pembohongan yang kerap diulang akan melekat di dalam minda pengundi sebagai sesuatu yang benar. Mereka tahu bahawa mereka hanya perlu meletakkan gambar kotak undi di sebelah teksi untuk meyakinkan rakyat bahawa “undian oleh pengundi hantu sedang dibawa ke pusat mengundi”.

Ya, apa yang dilakukan oleh semua Kit Siang dan kumpulannya selama ini adalah berbohong, berbohong dan berbohong. Itu tidak termasuk tawaran janji-janji palsu yang merepek walau kepada orang yang bodoh sekalipun. Mereka janjikan bulan dan bintang dan juga periuk emas yang ada di hujung pelangi. Tetapi pernahkan mereka menjelaskan cara pelaksanaan janji-janji tersebut secara komprehensif, telus dan koheren seperti yang dilaksanakan oleh Najib?

Tidak.

Namun mereka mengatakan bahawa mereka akan menyelamatkan Malaysia.

*******************************

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak has unveiled Barisan Nasional ‘s manifesto for the 14th General Electon, which he described as a comprehensive promise, leaving no Malaysian behind.

The Barisan chairman said the manifesto, themed “Bersama BN Hebatkan Negaraku” (With BN for a Greater Malaysia), is a document that will chart the country’s future.

He said the manifesto, which is 220 pages thick and contains 364 initiatives, is vital for a better Malaysia.

“Barisan will continue to defend every Malaysian, regardless of their ethnicity, religion, race, class or colour.

Najib said he was thrilled with the 40,000-strong turnout and the eight million Malaysians watching the launch via live telecast on television and social media.

Najib started with Barisan’s pledge for women, adding that it is committed to strengthen the fairer sex and produce more professional and successful women.

“We treat the women as the backbone of the nation,” said Najib.

He then went on to unveil Barisan’s promises such as creation of jobs, education, and for every state in the country.

Source: The Star Online

Comments

Comments

Comments

Comments



Loading...