Mantan ketua staff pejabat Anwar sendiri mengaku Anwar tidak layak jadi PM

Kamarul Yusoff

Semalam, 12 Julai 2019, dalam ucapan beliau pada Sogo’s 25th Charity and Business Partners’ Appreciation Nite 2019 di Hotel Shangri-La, sekali lagi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan betapa dasar-dasar pro Melayu mesti dihapuskan dan digantikan dengan dasar-dasar berasaskan keperluan (needs-based policies).

Sepanjang semakan saya, ini adalah kali kelima beliau menegaskan mengenai keazaman beliau ini sejak PH mencapai kemenangan dalam PRU 14.




Kali pertama beliau tegaskannya melalui wawancara beliau dengan AP pada 17 Mei 2018.

Kali kedua beliau tegaskannya melalui ucapan beliau dalam Endowment Dialogue di Singapura pada 15 September 2018.

Kali ketiga beliau tegaskannya melalui ucapan beliau dalam Forum ‘Malaysia: A New Dawn’ di Kuala Lumpur pada 9 Oktober 2018.

Kali keempat beliau tegaskannya melalui tweet beliau pada 25 Mac 2019 berbunyi “I will not compromise on this issue – our economic agenda must be needs-based, not race-based”.

Kali ini, penegasan Datuk Seri Anwar mengundang kritikan tajam mantan ketua staf di pejabat beliau sendiri, Ibrahim Yaacob, yang menulis: “NEP not sustainable” YB Port Dickson. That’s why he’s not fit to be PM, keep on dreaming.”

Amat menarik bila seorang mantan ketua staf di pejabat Datuk Seri Anwar sendiri boleh berubah angin menyatakan beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri bukan kerana sebab peribadi tetapi kerana sebab dasar.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...