Marzuki: Dakwaan Johari kononnya Mahathir berjumpa Hadi, Azmin palsu

Marzuki berkata Mahathir dan beberapa MP Bersatu tetap teguh memegang prinsip kerana tidak mengkhianati mandat dan kepercayaan yang diberikan rakyat pada PRU14 lalu. Sumber (gambar): Fail TTF

مرزوقي: دعوأن جوهري كونونڽ محضير برجومڤا هادي، عزمين ڤلسو

Dakwaan kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang tidak berasas.

Demikian menurut Datuk Marzuki Yahya, yang turut berkata Mahathir hanya ingin mandat rakyat dikembalikan.

Semalam, Datuk Johari Abdul dari PKR mendakwa Mahathir ada berjumpa dengan Azmin dan Hadi Awang.

Beliau berkata demikian ketika mengesahkan perjumpaan Anwar dengan Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin.


PETALING JAYA: Dakwaan kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang tidak berasas.

Demikian menurut Datuk Marzuki Yahya, yang turut berkata Mahathir hanya ingin mandat rakyat dikembalikan.




“(Ia) adalah tidak benar dan ia satu tuduhan yang tidak berasas malah khabar angin mengenai pertemuan itu sengaja diadakan untuk menimbulkan spekulasi terhadap Dr Mahathir Mohamad.

“Pendirian Dr Mahathir sudah jelas dan tidak perlu diperkotak-katikkan mana-mana pihak, hal ini kerana beliau menginginkan mandat rakyat dikembalikan seberapa segera kerana tidak mahu melihat kerajaan ‘Muhyiddin’ terus menerus melakukan kerosakan terhadap negara sekaligus menjejaskan kehidupan rakyat,” kata Marzuki sepertimana yang dilaporakan oleh portal berita Malaysiakini.

Beliau mengulas kenyataan seorang pemimpin PKR yang mendakwa Mahathir telah bertemu dengan Azmin dan Abdul Hadi.

“Beberapa tindakan yang dilakukan Muhyiddin sebagai perdana menteri sekarang ini khususnya dengan melakukan pelantikan secara besar-besaran kepada ahli parlimen yang berada di pihaknya telah membuktikan bahawa beliau ‘dahagakan’ sokongan majoriti untuk memastikan beliau kekal berkuasa sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 tanpa mengira mereka siapa lawan atau kawan sebelum ini,” kata Marzuki.

Semalam, Datuk Johari Abdul dari PKR mendakwa Mahathir ada berjumpa dengan Azmin dan Hadi Awang.

Beliau berkata demikian ketika mengesahkan perjumpaan Anwar sendiri dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurut Malaysiakini, Marzuki berkata Mahathir dan beberapa MP Bersatu tetap teguh memegang prinsip kerana tidak mengkhianati mandat dan kepercayaan yang diberikan rakyat pada PRU14 lalu.

Loading...

“Dr Mahathir tetap dengan pendirian untuk tidak membuka kerjasama dengan pemimpin yang telah mengkhianati mandat yang diberikan rakyat serta pemimpin yang hanya melompat semata-mata demi mendapatkan kuasa dan kepentingan diri.

“Sebaliknya, Dr Mahathir tetap berjuang dan kekal utuh dengan pendirian untuk terus bersama Pakatan Harapan yang telah dipilih rakyat dalam PRU-14 untuk mentadbir Malaysia seterusnya melaksanakan agenda dan membawa harapan seperti mana yang diinginkan rakyat terhadapnya sebagai perdana menteri,” katanya lagi.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...