Marzuki: Kata-kata Mahathir disalah tafsir, PEJUANG tidak sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Marzuki menafikan PEJUANG akan sertai Perikatan Nasional atau menyokong Muhyiddin. Sumber (gambar): Fail TTF

مرزوقي: كات-كات محضير دساله تفسير، ڤجوڠ تيدق سوكوڠ محي الدين سباڬاي ڤردان منتري

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Marzuki Yahya berkata beliau tidak fikir partinya boleh menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebabkan kepincangan dalam pentadbiran.

Menurutnya, apa yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad disalah tafsir oleh pihak lain dan PEJUANG bukannya mahu menyertai Perikatan Nasional dan mengabsahkannya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini Rabu lalu, Mahathir mengakui ada usaha dilakukan untuk membawa dia menyertai Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, Mahathir tidak pernah berkata beliau bersetuju untuk menyertai Perikatan Nasional atau menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.


PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Marzuki Yahya berkata beliau tidak fikir partinya boleh menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebabkan kepincangan dalam pentadbiran.

Menurutnya, apa yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad disalah tafsir oleh pihak lain dan PEJUANG bukannya mahu menyertai Perikatan Nasional dan mengabsahkannya.




“Untuk kestabilan negara, kami tak ada masalah nak membantu, tapi saya difahamkan apa yang dimaksudkan Tun (Dr Mahathir Mohamad), Pejuang tidak ada masalah bekerjasama dengan sesiapa sebab Pejuang kini tidak ada dalam PH (Pakatan Harapan) dan tidak juga dalam PN.

“Namun dengan apa yang berlaku sekarang seperti salah laku, silap tadbir dan haru-biru ni, saya tak fikir Pejuang boleh sokong Muhyiddin (Yassin) sebagai perdana menteri,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mengakui ada usaha dilakukan untuk membawa dia menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).

Dalam wawancara dengan Malaysiakini Rabu lalu, Mahathir mengakui ada usaha dilakukan untuk membawa dia menyertai Perikatan Nasional.

Namun, beliau berkata usaha itu tidak berjaya kerana dia tidak boleh bekerjasama dengan beberapa ‘penjenayah’ yang menyokong kerajaan sekarang.

Mahathir berkata keadaan itu mungkin berbeza jika individu berkenaan berada di luar Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, Mahathir tidak pernah berkata beliau bersetuju untuk menyertai Perikatan Nasional atau menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Loading...

“Kita (PEJUANG) bukan nak menyokong PN untuk menambah jumlah nombor (yang menyokong Muhyiddin) tapi (cuma) untuk kestabilan negara kita sanggup bekerjasama,” kata Marzuki.

“Persepsi orang ingat Tun kata macam tu untuk Pejuang bagi numbers kepada PN – tidak,” tambahnya.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...