Masa saya PM, ketua negara sambut saya – Mahathir

Wartawan bertanya kepada Mahathir mengenai lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini. Sumber (gambar): Fail TTF

ماس ساي جادي ڤي عيم، كتوا نڬارا سمبوت ساي – محضير

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

“Saya semasa jadi perdana menteri, saya buat lawatan rasmi di banyak negara. Tidak ada satu negara pun yang tidak sambut saya dan saya disambut oleh ketua negara.”

Itu kata Tun Dr. Mahathir Mohamad sambil menegaskan ketika itu beliau tidak disambut oleh pegawai berpangkat rendah dari sesebuah negara.

“Tak taulah kenapa…saya pun tak faham Raja Saudi dan Prince (putera) Mohamad tidak nak jumpa dengan Anwar.

“Tetapi, mereka mungkin mempunyai satu pandangan yang kita tak taulah yang menyebabkan mereka tidak ingin berjumpa dengan Anwar.

“Bila dia pergi ke sana dan yang jumpa dengan Anwar pun pegawai yang berpangkat rendahlah,” ujarnya dalam sidang media.


PUTRAJAYA:  “Saya semasa jadi perdana menteri, saya buat lawatan rasmi di banyak negara. Tidak ada satu negara pun yang tidak sambut saya dan saya disambut oleh ketua negara.”

Itu kata Tun Dr. Mahathir Mohamad sambil menegaskan ketika itu beliau tidak disambut oleh pegawai berpangkat rendah dari sesebuah negara.




Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan mengenai lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini, selepas dikatakan tidak disambut oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang juga merangkap perdana menteri ekoran tidak memperuntukkan masa untuk bertemu dengannya.

Menurut Dr Mahathir lagi, beliau tidak faham dengan situasi yang dihadapi oleh Anwar susulan kejadian itu.

TONTON: KEJATUHAN ANWAR IBRAHIM SUDAH BERMULA SEBAB ZAHID, TAK LAMA LAGI DAH

“Tak taulah kenapa…saya pun tak faham Raja Saudi dan Prince (putera) Mohamad tidak nak jumpa dengan Anwar.

“Tetapi, mereka mungkin mempunyai satu pandangan yang kita tak taulah yang menyebabkan mereka tidak ingin berjumpa dengan Anwar.

“Bila dia pergi ke sana dan yang jumpa dengan Anwar pun pegawai yang berpangkat rendahlah,” ujarnya dalam sidang media.

Situasi yang dihadapi oleh Anwar dibangkitkan oleh pembangkang, termasuk sambutan hambar dari Arab Saudi; tidak dibawa masuk Kaabah seperti kelaziman lawatan perdana menteri Malaysia sebelum ini dan tiada pertemuan antara Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz atau Putera Mahkotanya, Mohammed Salman.

Pembangkang turut membandingkan lawatan Anwar dengan kejayaan kunjungan Muhyiddin Yassin pada 2021 yang disambut Raja Salman.

Loading...

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan Malaysia Gazette



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...