“Bukan hanya kerajaan pimpinan Anwar paling zalim dalam sejarah tanah air, Anwar akan menghukum sesiapa sahaja yang melakukan perkara yang Anwar sendiri ajar rakyat lakukan satu ketika dulu, termasuk berdemonstrasi di tengah jalan dan merusuh ala “Malaysian Spring”
Raggie Jessy Rithaudeen
ماسيه ايڠت لاڬي ڤريستيوا انور هاسوت رعيت برديمونستراسي، مروسوه الا ‘مليسين سڤريڠ’؟
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Pada 13 Febuari 2012, ketika berucap di depan sekumpulan orang Cina, Datuk Seri Anwar Ibrahim melafazkan kata-kata berikut:
“Lepas Arab Spring, Dalam Pilihanraya Akan Datang, Malaysia Spring Rakyat Menang!”
Sepintas lalu, Arab Spring merujuk kepada satu siri protes anti kerajaan, demonstrasi dan pemberontakan bersenjata yang merebak ke seluruh dunia Arab pada awal 2010-an.
TONTON: KERAJAAN TERDESAK GILA – TAK BOLEH NAK JELASKAN KEGAGALAN PM BERTEMU PUTERA MAHKOTA ARAB, PEMBANGKANG DISERANG
Tidak lama kemudian, satu demonstrasi besar-besaran dianjurkan oleh Bersih dan dihadiri bersama oleh Anwar bagi menggesa perubahan kepada sistem pengundian Malaysia.
Demonstrasi itu berlaku pada 28 April 2012 dan bertukar menjadi ganas apabila berlaku pertempuran dengan pihak polis.
Demonstrasi itu kemudian merebak ke Dataran Merdeka, menyebabkan pihak polis terpaksa bertindak menangkap ratusan penunjuk perasaan.
Ini selepas polis berjaya mendapatkan perintah mahkamah bagi melarang penunjuk perasaan memasuki Dataran Merdeka.
Mahkamah Kuala Lumpur kemudian mendakwa Anwar melanggar perintah mahkamah dengan menghasut orang ramai untuk melanggar sekatan di sekitar Dataran Merdeka.
Ketika berucap, Anwar melabelkan demonstrasi dan rusuhan yang tercetus sebagai ‘Malaysian Spring’, merujuk kepada demonstrasi dan pemberontakan bersenjata ‘Arab Spring’.
Ini hanyalah cebisan daripada berpuluh-puluh perhimpunan, demonstrasi dan rusuhan berbahaya yang dihadiri oleh Anwar sendiri atau dianjurkan bersama oleh kumpulan yang berkait dengan beliau.
Retorika yang dilontarkan oleh Anwar ketika berucap cukup berapi dan kerapkali bersifat menghasut, samada untuk berhimpun, merusuh atau menyokong gerakan menumbangkan kerajaan.
Pada 6 Febuari 2017, Anwar mengakui terlibat dalam satu gerakan menumbangkan kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pengakuan ini dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di mana Anwar memberitahu bahawa rancangan untuk mengambil alih kerajaan pada 16 Sept 2008 gagal selepas cadangan untuk mengadakan sidang khas Dewan Rakyat telah ditolak oleh Abdullah.
Tetapi hari ini, Anwar mengecam sesiapa sahaja yang merancang untuk menumbangkan kerajaan sambil mendakwa rancangan sedemikian “kerja buruk” yang “menyusahkan rakyat.”
Inilah Anwar Ibrahim – dia ajar rakyat untuk berdemonstrasi, merusuh dan menyokong gerakan menumbangkan kerajaan, tetapi apabila dia menjadi Perdana Menteri, dialah orang pertama yang mengecam sesiapa sahaja yang berdemonstrasi, berhimpun atau sekadar menyuarakan hasrat untuk menumbangkan kerajaan.
Selama dua setengah dekad, Anwar menitik beratkan pentingnya “kebebasan berhimpun dan bersuara” dipelihara, kerana menurutnya, orang yang berbeza pendapat semestinya diberi ruang untuk bersuara.
Namun, hari ini, pentadbiran Anwar mengamalkan sistem “kuku besi” dan menekan ramai individu yang berhimpun atau mengkritik kerajaan.
Saya tidak syak lagi bahawa rakyat Malaysia sudah membuka mata dan sedar bahawa diri mereka ditipu selama dua setengah dekad oleh Anwar.
Bukan hanya kerajaan pimpinan Anwar paling zalim dalam sejarah tanah air, Anwar akan menghukum sesiapa sahaja yang melakukan perkara yang Anwar sendiri ajar rakyat lakukan satu ketika dulu, termasuk berdemonstrasi di tengah jalan dan merusuh ala “Malaysian Spring.”
