Raggie Jessy Rithaudeen
Semalam, Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakob, mendakwa PAS telah ‘mensucikan’ Dap terlebih dahulu menerusi PASDap.
Ujarnya, naratif yang dimainkan oleh PAS pada ketika ini terhadap kerjasama UMNO bersama Pakatan Harapan (PH) dengan jolokan UMDap itu mencerminkan kekesalan dan kecemburuan mereka melihat kejayaan dua gabungan membentuk Kerajaan Perpaduan.
Sejujurnya, kenyataan Mustapha memang ada kebenarannya, namun saya ingin mendengar dulu komen PAS sebelum mengulas lebih lanjut.
Buat masa ini, apa yang boleh saya suarakan ialah rasa meluat saya di Ayer Kuning apabila persekitaran Perikatan Nasional (PN) memainkan naratif UMDAP daripada memberi tumpuan kepada kekuatan calon mereka.
Bukankah PAS pernah jadi sekutu rapat DAP sebelum Langkah Kajang, sehingga Tan Sri Abdul Hadi Awang memuji-muji DAP dan menyeru penyokong PAS sokong DAP?
Bukankah Tun Dr Mahathir Mohamad, tokoh negarawan yang masih saya segani dan kini mengetuai SG4 (PAS), pernah memberitahu rakyat secara terbuka bahawa DAP sudah berubah?
Tersebut juga kisah di mana Hadi secara tiba-tiba menyatakan secara terbuka ‘ketersediaannya’ bekerjasama dengan DAP sekiranya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng menghulurkan tangan kepadanya.
Untuk makluman, kenyataan itu dibuat sebaik selepas Barisan Nasional (BN) tumbang pada PRU14, kira-kira tiga tahun selepas DAP dan PAS ‘bercerai’.
Sikap Hadi amat mengejutkan saya – sebelum PRU14, Hadi dan Datuk Seri Najib Tun Razak bekerjasama secara longgar dan dianggap sekutu cukup rapat, malah kedua-duanya cukup kritikal terhadap DAP.
Namun, tidak lama selepas Najib tumbang, Hadi tiba-tiba menyuarakan secara terbuka ‘ketersediaannya’ bekerjasama dengan DAP.
Kemudian, bila DAP tidak jadi menghulurkan tangan, PAS terus berbincang dengan UMNO ke arah penubuhan Muafakat Nasional.
Ini bukan dakwaan saya, tetapi laporan Malaysia Gazette yang memetik kenyataan Hadi semasa wawancara dalam Astro Awani.
Masih kau ingat?
Kalau dah ‘lupa’, rujuk sendiri pautannya: https://malaysiagazette.com/2018/05/28/hadi-puji-dap-sedia-kerjasama-jika-ditawar/
(RUJUK JUGA TANGKAP LAYAR DI HUJUNG BAWAH)
Persoalannya, adakah semua kena ikut rentak kepala berpusing Hadi? Adakah Hadi malaikat yang saya tak boleh tegur atau kritik?
Saya sudah lama nasihati PN (terutamanya PAS), tumpu kepada isu-isu sahih, dan perjuangkan isu-isu ini dengan cara yang matang. Lebihkan berhujah secara intelektual dan cadangkan penyelesaian bersama, jangan sekadar menjadi “pak serang” tak tentu hala.
Saya dah lama sedar kepincangan PAS, cuma saya memilih untuk berdiam diri. Sebabnya, saya benar-benar menaruh harapan agar PAS dapat kembali ke landasan kebenaran dan memperjuangkan penyatuan ummah menyeluruh.
Tetapi nyata saya silap.
Selepas PRU15, bila saya mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim atau DAP, semua penta’asub PAS gembira, kononnya saya ini seorang pejuang kebenaran jati.
Tapi, bila saya mula memuji sesuatu yang betul yang dilakukan oleh UMNO atau kerajaan, saya terus dicap oleh penta’asub dan laskar siber tiga suku sebagai pengkhianat bangsa yang dah “terima dedak UMDAP.”
Gitu?
Teruskan perangai bodo’ sesat ini – lagi korang buat, lagi meluat saya dengan perjuangan anda.
“If you don’t have an ounce of respect for me, you’re a foo*l to think I’d have respect for you”
