Maszlee: Ada pihak cuba sabotaj usaha gabungkan UMT dan UniSZA

Ditanya berhubung dakwaan mengatakan ada unsur rasuah yang menjurus kepada penggabungan itu, Maszlee berkata, pihaknya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menguruskannya kerana ia di luar bidang kuasa kementeriannya. Sumber (gambar): Fail TTF

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mendakwa sabotaj pihak tertentu dengan menyebarkan maklumat tidak lengkap mengenai penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), menjadi punca perkara itu mencetuskan kekeliruan.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata, cadangan penggabungan itu dibuat berikutan pencapaian UMT yang tidak memuaskan berbanding universiti lain, malah menduduki tempat kedua terbawah sebelum ini selain mengalami kekurangan kadar kebolehpasaran siswazah.

Berhubung bantahan pelajar UMT, semalam, beliau berkata, wakil kementerian sudah pergi ke UMT dan mengadakan perbincangan dengan pelajar dan pada masa sama pihak pengurusan lembaga universiti juga sudah mengeluarkan kenyataan.

Jemaah Menteri pada 4 September lalu bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggabungan UMT dan UniSZA.


PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mendakwa sabotaj pihak tertentu dengan menyebarkan maklumat tidak lengkap mengenai penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), menjadi punca perkara itu mencetuskan kekeliruan.

Katanya, pihaknya mendapati ada saki baki rejim kerajaan terdahulu yang menggunakan isu penggabungan itu sebagai modal politik kepada pihak pembangkang terutama UMNO.




“Ada unsur sabotaj yang memecahkan isu (penggabungan) ini dengan memberi separuh maklumat sahaja. Kita dapati ini dilakukan rejim lama dan salurkan maklumat supaya jadi modal politik pembangkang.

“UMNO selama ini didapati menggunakan universiti awam sebagai pusat penyebaran politik mereka.

“Jadi kita hendak ubah itu. Tekad kita supaya universiti awam menjadi pusat rujukan global dalam bidang utama masing-masing dan kita mahu pastikan profesor dan graduan berdaya saing di peringkat antarabangsa serta mempunyai kebolehpasaran yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Wacana Ilmu Dekad Membaca Kebangsaan anjuran Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata, cadangan penggabungan itu dibuat berikutan pencapaian UMT yang tidak memuaskan berbanding universiti lain, malah menduduki tempat kedua terbawah sebelum ini selain mengalami kekurangan kadar kebolehpasaran siswazah.

Berikutan itu, katanya, pihaknya sudah memikirkan cara terbaik untuk memperbaiki keadaan itu dan dengan lokasi UMT serta UniSZA yang bersebelahan, kedua-dua institusi perlu bergabung tenaga untuk maju ke depan.

“Di UMT dan UniSZA ada kursus diajar profesor yang sama tetapi dua universiti berbeza dan dalam bidang sama. Apabila dibincangkan, Kabinet mencadangkan kenapa tidak disenergikan dua universiti ini seperti dilakukan di Norway, Finland, United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat,” katanya.

Loading...

Ditanya berhubung dakwaan mengatakan ada unsur rasuah yang menjurus kepada penggabungan itu, beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menguruskannya kerana ia di luar bidang kuasa kementeriannya.

“Kementerian memberi segala kerjasama kepada SPRM dan mana-mana pihak yang menyiasat tentang sebarang pelakuan rasuah di mana-mana universiti,” katanya.

Berhubung bantahan pelajar UMT, semalam, beliau berkata, wakil kementerian sudah pergi ke UMT dan mengadakan perbincangan dengan pelajar dan pada masa sama pihak pengurusan lembaga universiti juga sudah mengeluarkan kenyataan.

Jemaah Menteri pada 4 September lalu bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggabungan UMT dan UniSZA.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...