
BULETIN TTKM
Menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini mengarahkan KPM untuk menyiasat segera jika terdapat mana-mana individu termasuk anggota dalaman yang bertanggungjawab membenarkan komik propaganda, “Inisiatif Jalur dan Jalan” diedarkan di sekolah.
Katanya lagi, KPM akan memastikan siapa sahaja yang terbukti melakukan perkara tersebut seperti yang didakwa akan diberi tindakan tegas.
Beliau berkata demikian dalam satu hantaran yang dinaikkan di laman facebooknya pagi tadi.
Pada Isnin lepas, bekas perdana menteri Dato Seri Najib Razak menaikkan gambar menunjukkan timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching menerima beberapa naskah komik tersebut dari pengarangnya sendiri, Superman Hew.
Ahi parlimen Pekan itu juga turut mempersoalkan Maszlee sama ada beliau ada bertanyakan hal itu kepada timbalannya.
Pada kenyataan yang sama, Dr Maszlee jturut mengkritik ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan melarang penyebaran komik tersebut supaya kembali mematuhi semangat “rule of law” dan juga “collective responsibility” selain menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahlinya termasuk Ronnie Liu yang disifatkan beliau sebagai biadap.
Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan
BACA SELANJUTNYA DI SINI
