Maszlee beri bayangan akan tolak Belanjawan 2021

Mantan menteri pendidikan Maszlee Malik. Sumber (gambar): Fail TTF

مسزلي بري بايڠن اكن تولق بلنجاوان 2021

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik membayangkan akan menolak Belanjawan 2021 dalam pengundian di parlimen hari ini.

Setakat pagi tadi, TTF difahamkan lebih 20 ahli parlimen dari Barisan Nasional tidak setuju dengan Belanjawan 2021 dan masih menunggu penjelasan-penjelasan tertentu dari beberapa menteri kerajaan.

Susulan kematian ahli-ahli parlimen Gerik dan Batu Sapi, blok kerajaan kini hanya diwakili 111 ahli parlimen, kurang satu kerusi bagi mendapat majoriti mudah.

Daripada 111 ahli parlimen tersebut, terdapat bukti kukuh menunjukkan ramai yang tidak menyokong Muhyiddin, termasuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menzahirkan secara bertulis sokongan mereka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengganti Muhyiddin.


PETALING JAYA: Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik membayangkan akan menolak Belanjawan 2021 dalam pengundian di parlimen hari ini.

Menurut laporan, walaupun Maszlee tidak menyebut secara jelas, beliau berkata nasib pendidikan negara masih “kabur dan tidak jelas”.




“Semua isi ini perlu dipandang serius dan diambil peduli.

“Ini penting bagi memudahkan ahli parlimen yang lain membuat keputusan untuk menyokong atau tidak ketika pengundian dijalankan kelak,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Setakat pagi tadi, TTF difahamkan lebih 20 ahli parlimen dari Barisan Nasional tidak setuju dengan Belanjawan 2021 dan masih menunggu penjelasan-penjelasan tertentu dari beberapa menteri kerajaan.

Manakala itu, beberapa ahli parlimen dari PPBM yang tidak sehaluan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dikhabarkan meragui Belanjawan 2021 akan diluluskan walaupun tidak dapat dipastikan samada mereka akan menyokong belanjawan berkenaan.

Susulan kematian ahli-ahli parlimen Gerik dan Batu Sapi, blok kerajaan kini hanya diwakili 111 ahli parlimen, kurang satu kerusi bagi mendapat majoriti mudah.

Daripada 111 ahli parlimen tersebut, terdapat bukti kukuh menunjukkan ramai yang tidak menyokong Muhyiddin, termasuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menzahirkan secara bertulis sokongan mereka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengganti Muhyiddin.

Biarpun begitu, Anwar tidak memiliki sokongan majoriti ahli-ahli palrlimen dan gagal mempersembahkan sebarang bukti sahih sokongan tersebut ketika beliau menghadap Yang Di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...