Maszlee diarah letak jawatan sebab sering ingkar arahan kabinet

Maszlee mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada 2 Januari berkuat kuasa pada 3 Januari lalu. Sumber (gambar): Fail TTF

مسزلي دأره لتق جاوتن سبب سريڠ ايڠكر ارهن كابينيت

Peletakan jawatan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik didakwa disebabkan beliau sering mengingkari arahan Kabinet.

Menurut laporan The Malaysian Insight (TMI), sepucuk surat mengandungi 17 perenggan ditulis sendiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa dihantar ke pejabat Maszlee pada 27 Disember lalu.

TMI turut mendakwa kandungan surat itu diakhiri dengan arahan Dr Mahathir meminta Dr Maszlee ‘menarik diri daripada jawatankuasa Kabinet’.

Terdahulu, Maszlee mengundang kontroversi susulan pelaksanaan pengenalan tulisan jawi di semua sekolah rendah termasuk sekolah vernakular yang dibantah keras pertubuhan-pertubuhan pendidikan Cina.


KUALA LUMPUR: Peletakan jawatan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik didakwa disebabkan beliau sering mengingkari arahan Kabinet.

Menurut laporan The Malaysian Insight (TMI), sepucuk surat mengandungi 17 perenggan ditulis sendiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa dihantar ke pejabat Maszlee pada 27 Disember lalu.




Laporan portal berita tempatan itu turut mendedahkan kandungan surat berkenaan menyatakan bahawa Dr Maszlee gagal mengikut nasihat dan beberapa kali melanggar keputusan Kabinet.

“Berdasarkan laporan TMI, surat itu turut menyatakan antara kegagalan Dr Maszlee menuruti nasihat Kabinet adalah berkaitan isu pengenalan tulisan jawi, internet percuma kepada sekolah dan program sarapan percuma.

“Selain itu, Maszlee juga turut menentang cadangan memisahkan portfolio Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi,” kata TMI dalam satu laporan hari ini.

TMI turut mendakwa kandungan surat itu diakhiri dengan arahan Dr Mahathir meminta Dr Maszlee ‘menarik diri daripada jawatankuasa Kabinet’.

Terdahulu, Maszlee mengundang kontroversi susulan pelaksanaan pengenalan tulisan jawi di semua sekolah rendah termasuk sekolah vernakular yang dibantah keras pertubuhan-pertubuhan pendidikan Cina.

Kontroversi tulisan jawi turut membawa kemarahan dalam kalangan kumpulan pejuang bahasa Melayu yang kemudiannya menuntut sekolah vernakular ditutup serta-merta.

Maszlee mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada 2 Januari berkuat kuasa pada 3 Januari lalu.

Loading...

Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam dilantik sebagai menteri pada Mei 2018.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...