
مسزلي: اين سموا فتنه!
Bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini mendakwa laporan berita yang mengaitkannya dengan usaha membuka semula King Salman Centre for International Peace (KSCIP) merupakan fitnah besar.
Petang tadi, sebuah portal berita memuat naik laporan mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berpuas hati dengan Maszlee berhubung percubaan membuka semula KSCIP.
Menurut laporan tersebut, Mahathir menyuarakan penentangannya terhadap percubaan itu dalam satu mesyuarat yang berlangsung di antara beliau dan Maszlee pada 31hb Disember 2019.
Perkara ini dinafikan oleh Mahathir sendiri dalam satu sidang media yang berlangsung petang tadi.
PETALING JAYA: Bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini mendakwa laporan berita yang mengaitkannya dengan usaha membuka semula King Salman Centre for International Peace (KSCIP) merupakan fitnah besar.
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook beliau, Maszlee merayu kepada pihak media untuk menyemak dahulu kesahihan berita sebelum disiarkan.
“Tidak pernah ada pun perancangan mengenai King Salman Centre for International Peace (KSCIP) semasa saya menjadi Menteri Pendidikan dahulu.
“Malah apa kaitannya dengan KPM? Anda semua boleh semak dengan warga KPM. Segala gerak kerja saya, semua ada dalam laporan dan direkodkan,” katanya.
Petang tadi, sebuah portal berita memuat naik laporan mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berpuas hati dengan Maszlee berhubung percubaan membuka semula KSCIP.
Menurut laporan tersebut, Mahathir menyuarakan penentangannya terhadap percubaan itu dalam satu mesyuarat yang berlangsung di antara beliau dan Maszlee pada 31hb Disember 2019.
Awal tahun 2017, media arus perdana melaporkan inisiatif KSCIP sebagai inisiatif kerajaan pimpinan Barisan Nasional susulan lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz ke Malaysia.
Menurut laporan ketika itu, Raja Salman bersetuju dengan inisiatif tersebut bagi membanteras naratif yang dikeluarkan pihak radikal dan ekstremis.
Walaubagaimanapun, tiga bulan selepas Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan negara, KSCIP ditutup setelah mendapat kritikan kencang susulan tindakan Kerajaan Saudi Arabia mengebom Yemen.
Kerajaan Saudi turut dikaitkan dengan IS dan dipertikai dari segi kelayakkan membanteras gejala radikal dan ektremis.
Tidak lama kemudian, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa rancangan menubuhkan KSCIP sebenarnya diketengahkan oleh Raja Salman sendiri dan bukannya inisiatif Barisan Nasional.
Portal berita yang mengaitkan Maszlee dengan usaha membuka semula KSCIP turut memberitahu bahawa Mahathir tidak berpuas hati dengan kerajaan Saudi Arabia kerana tidak menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) 2019.
Justeru, Mahathir dikatakan menjadi berang dan menasihatkan Maszlee untuk letak jawatan. Perkara ini dinafikan oleh Mahathir sendiri dalam satu sidang media yang berlangsung petang tadi.
THE THIRD FORCE
