Maszlee: Sejarah akan mengingati 18 Mei sebagai ‘tarikh mendung demokrasi Malaysia’

Pada hari Sabtu (16hb Mei), Maszlee menerima reaksi daripada Ariff yang memberitahu permohonannya ditolak tetapi tidak menyentuh isu-isu yang dibangkitkan mengenai Perintah Mesyuarat. Sumber (gambar): Fail TTF

مسزلي: سجاره اكن مڠيڠاتي 18 مي سباڬاي ءتاريخ مندوڠ ديموكراسي مليسياء

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik hari ini mendakwa, beliau ada meminta Speaker Dewan Rakyat untuk membenarkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diteruskan, tetapi permintaannya ditolak.

Menurut Maszlee, pada hari Jumaat (15 Mei), beliau mengirim sepucuk surat kepada Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof bagi memohon agar undi tidak percaya Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dibawa ke dalam mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

“Dalam surat itu, saya juga menyatakan pandangan saya bahawa terdapat percanggahan yang jelas ketika Speaker merujuk kepada Perintah Mesyuarat, di mana preintah berkenaan langsung tiada hubungkait dengan pernyataan yang dibuatnya pada hari Rabu (13 Mei),” dakwa Maszlee.

“Sidang Parlimen berlangsung hari ini seperti yang dirancang, namun sejarah akan mengingati 18 Mei sebagai hari demokrasi di negara kita tercalar,” katanya.


PETALING JAYA: Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik hari ini mendakwa, beliau ada meminta Speaker Dewan Rakyat untuk membenarkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diteruskan, tetapi permintaannya ditolak.

Menurut Maszlee, pada hari Jumaat (15 Mei), beliau mengirim sepucuk surat kepada Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof bagi memohon agar undi tidak percaya Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dibawa ke dalam mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.




“Dalam surat itu, saya juga menyatakan pandangan saya bahawa terdapat percanggahan yang jelas ketika Speaker merujuk kepada Perintah Mesyuarat, di mana preintah berkenaan langsung tiada hubungkait dengan pernyataan yang dibuatnya pada hari Rabu (13 Mei),” dakwa Maszlee.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu turut memetik dakwaan Ariff bahawa pindaan usul sidang parlimen dibuat berdasarkan kedudukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Dewan menurut Perintah Tetap 11 (2) dan 15 (2)

“Saya merujuk kepada perintah-perintah ini dan mendapati mereka tidak membicarakan tentang pindaan atau penentuan usul-ususl persidangan sesi oleh Ketua Dewan,” katanya.

Pada hari Sabtu (16hb Mei), Maszlee menerima reaksi daripada Ariff yang memberitahu permohonannya ditolak tetapi tidak menyentuh isu-isu yang dibangkitkan mengenai Perintah Mesyuarat.

“Saya sedar bahawa ini hanya ‘langkah kecil’ saya sebagai Ahli Parlimen, namun saya berpuas hati kerana sekurang-kurangnya saya telah mencuba sedaya upaya menurut peruntukan undang-undang.

“Sidang Parlimen berlangsung hari ini seperti yang dirancang, namun sejarah akan mengingati 18 Mei sebagai hari demokrasi di negara kita tercalar,” katanya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...