Maszlee titiskan air mata, pesan pegawai KPM ketepikan kepentingan peribadi

Memetik laporan sebuah portal berita, Maszlee menyeru golongan pelaksana agar mengetepikan kepentingan peribadi kerana ketidaksepakatan hanya akan menjejaskan aspirasi kerajaan sekaligus masa depan pelajar-pelajar di negara ini. Sumber (gambar): Sinar Harian Online

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menitiskan air mata apabila menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan ada dalam kalangan pegawainya di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang tidak sehaluan dengan aspirasi yang mahu ditonjolkannya.

“Tolong rakan sekerja saya dan kawan-kawan saya di Kementerian Pendidikan, sila jangan sia-siakan anak-anak kita. Jangan pernah sia-siakan negara kita.

Maszlee turut melahirkan kebimbangannya tidak dapat meninggalkan apa-apa jasa kepada masyarakat kerana masih banyak lagi perkara yang belum dijayakan beliau sejak memegang jawatan menteri sejak Mei tahun lalu.

“Saya bimbang saya tidak boleh meninggalkan sesuatu untuk mereka dan untuk negara semasa saya masih berkhidmat,” kongsinya.


PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menitiskan air mata apabila menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan ada dalam kalangan pegawainya di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang tidak sehaluan dengan aspirasi yang mahu ditonjolkannya.

Memetik laporan sebuah portal berita, Maszlee menyeru golongan pelaksana agar mengetepikan kepentingan peribadi kerana ketidaksepakatan hanya akan menjejaskan aspirasi kerajaan sekaligus masa depan pelajar-pelajar di negara ini.




“Tolong rakan sekerja saya dan kawan-kawan saya di Kementerian Pendidikan, sila jangan sia-siakan anak-anak kita. Jangan pernah sia-siakan negara kita.

“Sila letakkan kepentingan negara kita sebelum kepentingan peribadi kita,” katanya dalam satu ucapan penutup Persidangan Antarabangsa Pendidikan Khas di sini hari ini.

Menurut Maszlee, segala perancangan yang direncana tidak akan dicapai sekiranya hanya beliau dan Timbalannya, Teo Nie Ching sahaja yang beria-ia untuk melaksanakan aspirasi pendidikan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedangkan ia tidak disambut baik oleh pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan.

Dalam masa sama beliau mengakui tempoh lima tahun yang diberikan adalah terhad.

“Saya rasa waktu diberikan kepada kami terhad. Dalam tempoh lima tahun ini kita perlu laksanakan persoalannya adakah mampu kita laksanakan.

“Kita sediakan pelbagai polisi sebagainya tapi di penghujung adalah pelaksanaan itu sendiri. Kalau hanya saya dan Timbalan Menteri dan kerajaan PH yang mempunyai impian kami tapi di peringkat pelaksanaan tidak berkongsi impian serupa, kita akan lihat kegagalan di peringkat pelaksanaan,” katanya.

Maszlee turut melahirkan kebimbangannya tidak dapat meninggalkan apa-apa jasa kepada masyarakat kerana masih banyak lagi perkara yang belum dijayakan beliau sejak memegang jawatan menteri sejak Mei tahun lalu.

Loading...

“Saya bimbang saya tidak boleh meninggalkan sesuatu untuk mereka dan untuk negara semasa saya masih berkhidmat,” kongsinya.

Sementara menerusi laman sosial Facebook miliknya, Maszlee menjelaskan mengapa beliau emosi ketika berucap dalam masjlis berkenaan:-

1) Di sebalik ribuan penyertaan termasuk 11 delegasi pembentang dari luar negara, realiti di luar sangat berbeza. Terlalu banyak urusan yang belum selesai mengenai orang kurang upaya (OKU) terutama yang berkaitan dengan sekolah dan institusi pengajian tinggi.

2) Di sebalik tahap penganjuran yang kelihatan begitu gah, realitinya Bahagian Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan (KPM) masih banyak perlu dilakukan.

3) Tahap kesediaan dan kemahuan para pegawai yang perlu bergerak lebih laju dengan reformasi ini.

4) Lagu Imagine yang dinyanyikan sangat menyentuh perasaan.

Ada sebab yang jelas tentang mengapa saya agak emosional di majlis Special Education International Conference (SEIC…

Sumber:


Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...