Maszlee: Tommy Thomas perlu letak jawatan kalau gagal utamakan keselamatan negara

Maszlee yberkata, kuasa untuk menyenaraikan sesuatu kumpulan sebagai kumpulan pengganas atau sebaliknya adalah di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri. Sumber (gambar): Fail TTF

مسزلي: تومماي تومس ڤرلو لتق جاوتن كالاو ڬاڬل اوتاماكن كسلامتن نڬارا

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik meminta Tan Sri Tommy Thomas untuk kembali mematuhi dasar kerajaan dan mengutamakan keselamatan negara atau melepaskan terus jawatan sebagai Peguam Negara.

Jelas beliau, kegagalan Tommy mengambil kira dasar kerajaan sebelum membuat keputusan bukan sahaja salah tetapi bertentangan dengan peranan beliau selaku penasihat undang-undang utama kerajaan Persekutuan.

“Selagi mana ia tidak diubah oleh Menteri Dalam Negeri, maka ia kekal sebagai keputusan kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara melalui agensi serta badan kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia.

“Keputusan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan ke atas 12 individu yang telah dituduh di mahkamah adalah disandarkan kepada keputusan kerajaan Australia dan Sri Lanka.Bagaimanapun, keselamatan negara adalah tanggungjawab Kerajaan melalui KDN,” ujar beliau.


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik meminta Tan Sri Tommy Thomas untuk kembali mematuhi dasar kerajaan dan mengutamakan keselamatan negara atau melepaskan terus jawatan sebagai Peguam Negara.

Jelas beliau, kegagalan Tommy mengambil kira dasar kerajaan sebelum membuat keputusan bukan sahaja salah tetapi bertentangan dengan peranan beliau selaku penasihat undang-undang utama kerajaan Persekutuan.




“Saya mengambil maklum terdapat peranan yang berbeza apabila Tommy menjalankan tugas sebagai pendakwa raya dan apabila beliau berperanan sebagai Peguam Negara iaitu penasihat undang-undang.

“Namun dalam menjalankan tugas sebagai pendakwa raya, Tommy tidak boleh sama sekali membelakangi dasar kerajaan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Sementara itu, Maszlee yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, kuasa untuk menyenaraikan sesuatu kumpulan sebagai kumpulan pengganas atau sebaliknya adalah di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri.

“Selagi mana ia tidak diubah oleh Menteri Dalam Negeri, maka ia kekal sebagai keputusan kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara melalui agensi serta badan kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia.

“Keputusan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan ke atas 12 individu yang telah dituduh di mahkamah adalah disandarkan kepada keputusan kerajaan Australia dan Sri Lanka.

“Bagaimanapun, keselamatan negara adalah tanggungjawab Kerajaan melalui KDN,” ujar beliau.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...