Mat Hasan: UMNO/BN komited teruskan aspirasi ‘Negara Kesepakatan’

“UMNO/Barisan Nasional komited untuk meneruskan aspirasi ‘Negara Kesepakatan’ ini. Hanya dengan konsensus, kejujuran dan sikap hormat-menghormati, kita akan berupaya memberi makna kepada kerencaman budaya negara” – Mat Hasan. Sumber (gambar): Fail TTF

Dato’ Seri Mohamad Hasan

Malaysia adalah sebuah negara majmuk dengan masyarakat kepelbagaian bangsa, agama, budaya dan bahasa. Kita diberkati dengan nikmat keamanan, perpaduan, keselamatan, kemakmuran ekonomi selama di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong-Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

Seruan DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyaksikan Malaysia yang bersatu padu dan aman di bawah pemerintahan baginda adalah sangat bertepatan dan diperlukan.

Sesungguhnya perpaduan itu menjangkaui keamanan. Ia adalah prasyarat pembangunan dan kemajuan. Maka, perlu wujud ikhtiar yang berterusan serta berkesan untuk menyuburkan keamanan dalam fabrik masyarakat kita.




Sejarah telah membuktikan bahawa melalui perpaduan, Malaysia telah berjaya dibangunkan dengan pemahaman Negara Kesepakatan seperti yang diilhamkan oleh para bapa pendiri bangsa sebelum ini.

UMNO/Barisan Nasional komited untuk meneruskan aspirasi ‘Negara Kesepakatan’ ini. Hanya dengan konsensus, kejujuran dan sikap hormat-menghormati, kita akan berupaya memberi makna kepada kerencaman budaya negara.

Secara asasnya, keamanan dan perpaduan hanya akan dicapai apabila perwakilan politik masyarakat majoriti diperkukuh, ditambah baik dan diperkasakan menerusi wahana yang sewajarnya. Sebuah masyarakat Melayu/Bumiputera yang bersatu akan menjadi tulang belakang yang kuat kepada Malaysia.

Namun, segala aspirasi ini haruslah diterjemahkan dengan penuh kesederhanaan dan ketelitian. Kerana akhirnya, Kerajaan harus memberikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik, bangsa, etnik dan perbezaan yang lain.

Malaysia ini adalah sebuah negara yang kita bina bersama. Jalan bagi mempertahan dan memperkukuhkan semua ini, ada kalanya akan berliku. Namun, kita telah berjaya mengharungi semua itu sejak enam dekad yang lepas.

Demi Malaysia yang lebih baik, ayuh lakukannya, sekali lagi.

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...