Mat Sabu kekal presiden AMANAH meskipun jatuh tangga ketujuh

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu. Sumber (gambar): FMT

Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu kekal sebagai Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2019-2022.

Meskipun tidak bertanding dalam konvensyen kali ini, Senator Datuk Husam Musa pula dilantik menjadi Naib Presiden selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud.

Di KOTA BHARU, Husam menerima kehendak parti yang masih mahu dirinya memegang jawatan Naib Presiden Amanah walaupun tidak bertanding pada Jumaat lalu.

Sabtu lulu, Mohamad Sabu jatuh ke tangga ketujuh dengan perolehan 681 undi dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yang menyaksikan Khalid Abdul Samad menduduki tangga pertama dengan meraih 786 undi. 


KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu kekal sebagai Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2019-2022.

Menerusi kenyataan dikeluarkan parti tersebut, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub juga kekal menyandang jawatan Timbalan Presiden.




Meskipun tidak bertanding dalam konvensyen kali ini, Senator Datuk Husam Musa pula dilantik menjadi Naib Presiden selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud.

“Mereka akan mula bertugas berkuat kuasa 11 Disember 2019 sehingga Konvensyen Amanah Nasional kali ke-6 yang dijangka diadakan pada tahun 2022 nanti,” memetik kenyataan tersebut.

Tiga lagi Naib Presiden ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunos.

Datuk Seri Ahmad Awang pula kekal sebagai Penasihat Umum dan Datuk Wira Abdul Ghani Samsuddin memegang jawatan Timbalan Penasihat Umum.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad pula kekal memegang jawatan Pengarah Komunikasi Amanah.

Di KOTA BHARU, Husam menerima kehendak parti yang masih mahu dirinya memegang jawatan Naib Presiden Amanah walaupun tidak bertanding pada Jumaat lalu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan itu berkata, beliau bersetuju sekali lagi dilantik sebagai Naib Presiden parti bagi penggal 2019 hingga 2022.

Loading...

“Saya terima (jawatan) Naib Presiden dan berterima kasih atas lantikan tersebut,” katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Mengikut Fasal 16.1(c), Perlembagaan Parti Amanah memberi kuasa kepada Presiden boleh melantik sejumlah bilangan ahli tambahan Jawatankuasa Pimpinan Nasional dengan jumlah keseluruhannya tidak melebihi 49 orang dengan persetujuan majoriti Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional (AJKPN) yang hadir dalam mesyuarat.

Berdasarkan Fasal 16.1(c) pula, Perlembagaan Parti Amanah memberi kuasa kepada Presiden boleh melantik sejumlah bilangan ahli tambahan Jawatankuasa Pimpinan Nasional dengan jumlah keseluruhannya tidak melebihi 49 orang dengan persetujuan majoriti AJKPN yang hadir dalam mesyuarat.

Sabtu lulu, Mohamad Sabu jatuh ke tangga ketujuh dengan perolehan 681 undi dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yang menyaksikan Khalid Abdul Samad menduduki tangga pertama dengan meraih 786 undi.

Diadaptasi dari:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...