Mat Sabu: Keputusan akhir bergantung pada konsensus Pakatan

Anwar baru-baru ini mengesahkan beliau mempersetujui usaha Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk berunding dengan PAS bagi membentuk kerjasama politik dalam usaha menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 (GE14)

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berhak menyuarakan pandangannya berhubung isu rundingan dengan PAS, namun keputusan akhir tetap bergantung pada konsensus Pakatan Harapan (PH).




Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata partinya menghormati pegangan Ketua Umum PH itu namun mahu Anwar terima hakikat isu itu perlu mendapat persetujuan Majlis Preisden Pakatan Harapan (MPPH) terlebih dahulu.

“Tidak ada masalah itu pandangan (tetapi) keputusan adalah daripada majlis presiden. Pandangan tu masing-masing dan kita menghormati pandangan Datuk Seri Anwar.

“Tidak ada masalah, sebarang perundingan akhirnya mesti keputusan dalam majlis presiden,” katanya kepada media di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Anwar baru-baru ini mengesahkan beliau mempersetujui usaha Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk berunding dengan PAS bagi membentuk kerjasama politik dalam usaha menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 (GE14).

Respon Anwar itu dilihat berbeza dengan pendirian Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 29 Ogos lepas yang memuktamadkan gabungan itu menutup pintu rudingan dengan PAS dan bersedia untuk pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang.

Malah respon Anwar, menerusi surat itu juga disifatkan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘bermasalah’, seolah-olah memberi lampu hijau kepada PKR untuk terus berunding dengan PAS.

Bukan itu sahaja Majlis Setiausaha PH pada minggu lalu juga enggan mengulas kenyataan berkenaan dan menegaskan keputusan PH menutup pintu rundingan dengan PAS adalah muktamad.

Loading...

Sekaligus PH bersedia untuk pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang.

Source: Antarapos



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...